Kamaruzzaman, Asruf Effendi Adat Perpatih, Temenggung dalam masyarakat Melayu. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Adat Perpatih dan Adat Temenggung dapat dikategorikan sebagai hukum adat di negeri-negeri Melayu. Adat ini berasal dari utara Sumatera dan dikembangkan oleh dua beradik iaitu Datuk Ketemenggungan yang kemudiannya berkuasa di Palembang (Adat Temenggung) dan Datuk Perpatih Nan Sebatang yang kemudiannya berkuasa di Pagar Ruyung (Adat Perpatih). Adat Temenggung diamalkan di semua negeri kecuali Negeri Sembilan dan daerah Naning di Melaka. Hukum adat ini meliputi segala aspek kehidupan, peraturan hidup, adat istiadat dan hidup bermasyarakat. Hukum adat ini dipercayai dibawa masuk sekitar abad ke 15 Masihi dan kemudiannya berkembang di negeri-negeri taklukan Melaka. Contoh: Undang-Undang Johor yang diamalkan di Johor dan Kedah, Undang-undang Pahang dan Undang-undang 99 Perak di Perak. Adat Temenggung kemudiannya diresapi dengan pengaruh Islam dan hukum syarak bermazhab Shafie.
Metadata
Sumber Maklumat: | Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI Library |
---|---|
Taksonomi: | Adat dan Budaya Melayu > Adat Istiadat Adat dan Budaya Melayu > Adat Negeri Adat dan Budaya Melayu > Adat Perkahwinan Adat dan Budaya Melayu > Adat Negeri > Adat Perpatih Adat dan Budaya Melayu > Adat Negeri > Adat Temenggung |
Bidang: | Adat dan Budaya Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 11 Jul 2021 16:30 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Adat Perpatih, Adat Temenggung, masyarakat Melayu, Perpatih ,Temenggung |