Tentang Repositori Khazanah Melayu

Repositori Khazanah Melayu UiTM

Repositori Khazanah Melayu UiTM telah diletakkan dibawah tanggungjawab Jabatan Arkib Universiti (JAU) bagi membangunkan bahan-bahan berkaitan dengan institusi Melayu. Repositori Khazanah Melayu telah dibangunkan secara berpusat pada tahun 2016 bertujuan sebagai sumber rujukan dan penyelidikan bagi kajian budaya dan institusi Melayu.

Di samping itu, ianya juga merupakan wadah dalam memupuk masyarakat tentang kepentingan budaya membaca, mempelajari dan meneladani sejarah bangsa serta bagi menyokong inisiatif-inisiatif dalam memperkasakan bangsa dan institusi Melayu.

Repositori ini merupakan gerbang utama pengumpulan hasil penulisan, penyelidikan, penerbitan, dokumentari dan lain-lain bentuk media cetakan dan penerbitan dari badan-badan kerajaan, NGO dan orang perseorangan samada dari dalam atau luar negara.