Yazid, Mat and Hassan, Hazman (2014) Menjelang 200 tahun kerajaan Perlis di bawah pemerintahan tujuh orang Raja: institusi Raja Perlis antara kesinambungan dan perubahan / Mat Yazid dan Hazman Hassan. Working Paper. Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, Pauh Putra.
Yazid, Mat and Hassan, Hazman (2014) Menjelang 200 tahun kerajaan Perlis di bawah pemerintahan tujuh orang Raja: institusi Raja Perlis antara kesinambungan dan perubahan / Mat Yazid dan Hazman Hassan. Working Paper. Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, Pauh Putra.
Yazid, Mat and Hassan, Hazman (2014) Menjelang 200 tahun kerajaan Perlis di bawah pemerintahan tujuh orang Raja: institusi Raja Perlis antara kesinambungan dan perubahan / Mat Yazid dan Hazman Hassan. Working Paper. Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, Pauh Putra.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Menjelang 200 tahun kerajaan Perlis di bawah pemerintahan tujuh orang Raja: institusi Raja Perlis antara kesinambungan dan perubahan Yazid, Mat Hazman, Hassan hazman@uum.edu.my Perlis Institusi Raja Pembangunan negeri Seminar Institusi Raja (SIRaj II): Seminar Raja dan Kerajaan Perlis, 12hb hingga 13hb Jun 2013 anjuran Universiti Malaysia Perlis bertempat di Universiti Malaysia Perlis, Pauh Putra. Berasal daripada sebuah daerah dalam Kesultanan Kedah, Kerajaan Perlis muncul sebagai sebuah Negeri Melayu yang termuda di Semenanjung. Penubuhan Wangsa Raja-raja Jamalullail di Perlis telah dipelopori oleh Syed Harun Ibni Syed Ahmad Jamalullail. Beliau adalah pembuka Mukim Arau dan dianugerahkan pangkat sebagai penghulunya yang pertama pada tahun 1798 oleh Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II, Raja Muda Kayang dan Sultan Kedah kedua puluh satu. Bermula dari tahun 1839, anakanda Syed Harun yang menjadi Penghulu Arau yang kedua telah diperakukan oleh orang-orang Melayu Perlis sebagai raja mereka. Walau bagaimanapun baginda hanya ditabalkan menjadi Raja Perlis pertama oleh Raja Rama III secara rasminya pada tahun 1843 menjadi Raja Syed Hussein Ibni Syed Harun Jamalullail. Baginda memerintah dari tahun 1839 sehingga tahun 1873. Takhta Kerajaan Perlis seterusnya diwarisi oleh Raja Syed Ahmad Ibni Syed Hussein Jamalullail dari tahun 1873 sehingga tahun 1897 sebagai Raja Perlis kedua. Raja Perlis ketiga adalah Raja Syed Safi Bin Syed Alwi Jamalullail. Baginda yang merupakan cucunda Raja Syed Ahmad telah memerintah mulai tahun 1897 sehingga tahun 1904. Raja Syed Safi digantikan oleh anakanda baginda, Raja Syed Alwi Jamalullail. Raja Perlis kelima ini menaiki Takhta Kerajaan Perlis dari tahun 1905 sehingga tahun 1943. Akibat ketiadaan zuriat, cucunda saudara Raja Syed Alwi iaitu Syed Putra Ibni Syed Hassan Jamalullail telah dilantik sebagai Bakal Raja Perlis. Sungguhpun demikian, zaman pemerintahan Jepun menyaksikan Syed Putra diketepikan. Sebagai ganti, Takhta Kerajaan Perlis diduduki oleh adinda sebapa Raja Syed Alwi yakni Raja Syed Hamzah Jamalullail. Raja Perlis kelima ini memerintah dari tahun 1943 sehingga tahun 1945. Pemulihan kuasa British selepas Peperangan Pasifik membolehkan hak Syed Putra ke atas Takhta Kerajaan Perlis dikembalikan pada tahun 1945 itu juga. Walau bagaimanapun, baginda hanya ditabalkan secara rasmi pada tahun 1949 sebagai Raja Perlis keenam. Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Putra Ibni Syed Hassan Jamalullail bertakhta selama lima puluh lima tahun bermula dari tahun 1945 sehingga baginda mangkat pada tahun 2000. Mulai tahun 2000, putera Tuanku Syed Putra menaiki Takhta Kerajaan Perlis sebagai Raja Perlis ketujuh. Baginda adalah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Tuanku Syed Putra Jamalullail yang memerintah sehingga ke hari ini. Raja Perlis ketujuh ini senantiasa didampingi dengan penuh setia oleh anakanda baginda yang menjadi Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. Menjelang 200 tahun Kerajaan Perlis, kertas ini memaparkan perjalanan dan perkembangan institusi Raja Perlis di bawah pemerintahan tujuh orang raja bermula dari tahun 1839 sehingga tahun 2014 ini
Metadata
Koleksi: | Koleksi Negeri > Koleksi Perlis |
---|---|
Sumber Maklumat: | Portal MALREP |
Taksonomi: | Kesultanan dan Pemerintahan > Sembilan Sultan dan Raja-Raja Melayu > Perlis |
Bidang: | Kesultanan dan Pemerintahan |
Tarikh Muatnaik: | 26 Oct 2016 04:21 |
Kata Kunci: | Perlis, Kerajaan, Institusi Raja |