Sahari, Faridah (2009) Menyingkap Keunikan Adat Tepung Tawar Masyarakat Melayu Di Saratok, Sarawak / Faridah Sahari. In: Persidangan Seni Kebangsaan, Julai 2009, Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Masyarakat Melayu memang terkenal dan sebati dengan kekayaan adat dan kebudayaannya. Adat menepung tawar merupakan salah satu adat orang Melayu lama yang dilihat kian dilupakan. Lazimnya adat ini dilakukan sebagai tanda kesyukuran dalam beberapa majlis tertentu seperti bersanding, cukur rambut, perempuan hamil dan masuk rumah baru. Unsurnya yang bersifat ritual dikatakan bercanggah dengan agama Islam membataskan amalannya pada masa kini. Namun begitu, segelintir berpendapat ia hanyalah sebahagian adat Melayu lama yang harus dipertahankan keasliannya dan kesinambungannya dalam generasi baru. Adat ini turut juga diamalkan dalam masyarakat Melayu Sarawak tetapi mempunyai ciri-ciri yang sedikit berbeza mengikut tempat. Contohnya, pengucapan berbentuk lagu tanpa muzik diselitkan dalam upacara tepung tawar adalah satu keunikan masyarakat Saratok, sebuah daerah yang terletak di bahagian Betong Sarawak. Pengamal adat ini hanya terdiri daripada sebilangan kecil individu berusia 50 tahun ke atas yang diwarisi daripada generasi terdahulu. Temubual dengan seorang pengamalnya di Saratok telah dijalankan bagi memberi gambaran sebenar mengenai adat Melayu lama ini. Kajian yang dijalankan melihat kepada beberapa aspek yang merangkumi: mengenalpasti peranan lagu, bentuk pengucapan serta pengertian seni kata lagu. Penekanan juga diberikan kepada bahan tepung tawar yang digunakan seperti beras kuning, bunga rampai, kikir pari, cincin emas dan air wangi dalam menyingkap simbolik yang tersirat di sebaliknya. Potensi dan kesesuaian adat ini untuk majlis-majlis lain pada masa ini juga turut dibincangkan.
Metadata
Sumber Maklumat: | Researchgate |
---|---|
Taksonomi: | Adat dan Budaya Melayu > Adat Istiadat Adat dan Budaya Melayu > Adat Perkahwinan Adat dan Budaya Melayu > Adat Tradisi |
Bidang: | Adat dan Budaya Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 17 Oct 2016 08:25 |
Kata Kunci: | tepung tawar, adat melayu, adat resam |