Talib, Abdul Latip (2010) Imam Hanbali penegak kebenaran / Abdul Latip Talib. PTS Litera Utama, Batu Caves, Selangor. ISBN 9789833892785
Talib, Abdul Latip (2010) Imam Hanbali penegak kebenaran / Abdul Latip Talib. PTS Litera Utama, Batu Caves, Selangor. ISBN 9789833892785
Talib, Abdul Latip (2010) Imam Hanbali penegak kebenaran / Abdul Latip Talib. PTS Litera Utama, Batu Caves, Selangor. ISBN 9789833892785
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Imam Hanbali digelar Al-Hakam kerana dapat menghafaz lebih 700,000 hadis dan berpengetahuan mendalam mengenai ilmu hadis. Melayakkan beliau mengeluarkan fatwa dalam hukum Fikah. Imam Hanbali juga seorang yang sangat kuat beribadat, beliau sembahyang sunat 300 rakaat sehari semalam dan khatam Al-Quran seminggu sekali.Beliau sangat menghormati guru-gurunya. Ketika Imam Syafie menziarahinya di rumah, beliau segera bangun mengemaskan diri, menyambut kedatangan gurunya lalu diberikan tempat duduk yang tinggi sementara dia duduk di bawah.Imam Hanbali tidak gemar bergurau senda, lebih suka mendiamkan diri dan berfikir. Bercakap apabila menjawab soalan mengenai hokum agama. Suka bergaul dengan orang-orang miskin dan kurang bergaul dengan orang kaya dan orang-orang berpangkat. Khalifah Harun Ar-Rasyid pernah bertanya kepada Imam Syafie tentang orang yang layak menjadi Kadi di Yaman. Imam Syafie mencadangkan muridnya Imam Ahmad. Apabila Imam Ahmad Mengunjungi Imam Syafie, beliau ditawarkan dengan jawatan tersebut tetapi ditolaknya dengan berkata "Saya datang menemui tuan bukan untuk mendapatkan jawatan daripada khalifah". Imam Hanbali terkenal dengan sikap pemurah. Jirannya pernah memberinya sepinggan anggur dibalasnya dengan gula, garam dan beberapa pinggan buah-buahan.Semasa pemerintahan Khalifah Al-Makmum bin Harun Ar-Rasyid, beliau menganut fahaman Muktazilah yang berpendapat Al-Quran itu makhluk yang bersifat baharu. Pada hari-hari tuanya Imam Hanbali menjadi tempat rujukan orang ramai khususnya di Baghdad. Dalam menentapkan hukum beliau lebih mengutamakan Al-Quran dan As-Sunnah dan pendapat para sahabat Rasulullah.Imam Hanbali meninggal dunia pada pagi hari Jumaat 12 Rabiul Awal tahun 241 hijrah bersamaan 855 masihi ketika berusia 77 tahun dan dikebumikan di Baghdad
Metadata
Sumber Maklumat: | Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim WebOPAC, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia |
---|---|
Taksonomi: | Islam dan Keintelektualan Melayu > Karya Islam dan Keintelektualan Melayu > Pemikiran Islam dan Keintelektualan Melayu > Tokoh Ulama |
Bidang: | Islam dan Keintelektualan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 25 Oct 2016 07:26 |
Kata Kunci: | Cerita Islam, Melayu, Hanbali, Hanbali Biografi, Empayar Islam Ulama |
Download
Filename: B_ABDUL LATIP TALIB 10.pdf