Tengku Yaakob, Tengku Kastraifuddin Shah and Mohammad Hashim, Ameer Fuhaili and Sarji, Asiah and Suhairi, Hanif (2016) Peperangan antara negara dalam sejarah Melayu: Suatu analisis naratif filemik menggunakan pendekatan teori semiotik / Tengku Kastraifuddin Shah Tengku Yaakob. In: Seminar Institusi Raja dalam Manuskrip Melayu (SIRaj 4), 29 September 2016, Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Teori Semiotik adalah suatu perspektif makna di sebalik sesuatu yang dipersembahkan sama ada dilihat dan dihayati dalam kaitannya dengan peristiwa dan watak yang berlaku di dalam Sejarah Melayu. Sejarah Melayu amat intim dalam menjelaskan tentang perlambangan bagi setiap kejadian utama yang berlaku. Pernyataan atau penceritaan tentang perlambangan dan ruang serta masa, falsafah manusia pada zaman sesuatu peristiwa itu terjadi yang wujud dalam imaginasi penulis atau pencipta bagi sesuatu peristiwa itu. Dengan mengkaji keseluruhan aspek-aspek naratif dan visual dalam Sejarah Melayu ini, kajian ini akan membongkar ketekalan pemikiran penulisnya, dan juga persepsi penulis terhadap perlambangan, ruang serta masa pada sesuatu zaman serta pemikirannya. Objektif kertas ini untuk menjelaskan pemaparan perlambangan, gerak emosi, ruang dan masa serta kaitannya dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku sama ada terdapat konsistensi dari segi perspektif penulis mempamerkan setiap peristiwa utama berlaku. Kertas ini mewakili dapatan kajian awal terhadap aspek-aspek filemik dalam Sejarah Melayu. Tumpuan diberikan kepada ceritera satu dan beberapa kejadian terpilih dari ceritera lain. Setiap aspek analisis akan menggunakan konsep dan perspektif komunikasi visual yang berasaskan teori semiotik dan misc en scene. Dapatan kajian akan diperlihatkan dalam bentuk visual dengan menggunakan animasi dan realiti maya. Signifikan kajian ialah dapat mengetahui perspektif penulis Sejarah Melayu melihat kepentingan ruang dalam memberi perakuan kepada cerita, dapat memaparkan sifat dan rasa ruang, dapat memberikan gambaran visual kepada khalayak tentang apa sebenarnya keadaan yang berlaku menggunakan pendekatan komunikasi visual.
Metadata
Sumber Maklumat: | Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Institusi Raja (Siraj IV) Hubungan Luar Kesultanan Melayu pada 29 September 2016 di Perpustakaan Negara, Kuala Lumpur, anjuran Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia. |
---|---|
Taksonomi: | Kesultanan dan Pemerintahan > Institusi Kesultanan > Sejarah |
Bidang: | Kesultanan dan Pemerintahan |
Tarikh Muatnaik: | 18 Oct 2016 05:49 |
Kata Kunci: | Sejarah Melayu, perspektif visual, pendekatan naratif, Mis-en-scene, Semiotik, ruang, pemikiran, masa, suasana, emosi, pergerakan |
Download
Filename: K_TENGKU KASTRIA UniMAP 16.pdf