Manap, Zaffuan (2007) Bingkisan Sejarah Raub, Rao Dan Pagaruyung: Pertaliannya Dengan Raub Dan Pahang / Zaffuan Haji Manap. Anjung Media Resources Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. ISBN '9789834235208
Manap, Zaffuan (2007) Bingkisan Sejarah Raub, Rao Dan Pagaruyung: Pertaliannya Dengan Raub Dan Pahang / Zaffuan Haji Manap. Anjung Media Resources Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. ISBN '9789834235208
Manap, Zaffuan (2007) Bingkisan Sejarah Raub, Rao Dan Pagaruyung: Pertaliannya Dengan Raub Dan Pahang / Zaffuan Haji Manap. Anjung Media Resources Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. ISBN '9789834235208
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Buku ini seharusnya menjadi bacaan wajib bagi pengkaji sejarah Pahang dan sejarah penghijrahan orang Sumatera ke Tanah Melayu maupun sejarah Negara secara amnya. Walaupun pada asasnya penulisan tertumpu pada sejarah pembukaan Dong Raub, tapi bamyak tercatat cerita lain yang berkait dengan sejarah pembukaan beberapa penempatan lain dan tokoh penting yang terlibat dengan peristiwa sejarah di bumi pahlawan ini. Penulisan buku ini di buat berdasarkan sebuah manuskrip - Riwayatut Tammauwi yang bermaksud Cerita Bagi Bangsa Temau (Dong) yang dijadikan rujukan utama. Manuskrip berbahasa Melayu tulisan jawi ini dihasilkan oleh Imam Ishak Haji Muhammad Ariff (1908 - 1992) seorang tokoh yang dihormati oleh masyarakat di permukiman Dong, RAUB, PAHANG . Di samping itu sumber juga berdasarkan sejarah lisan yang diperolehi daripada generasi lama di daerah tersebut. Antara perkara penting yang disentuh ialah penghijrahan kelompok orang Rawa (Rao) ke Hulu Pahang. Perang Paderi di Sumatera serta tekanan penjajah Belanda terhadap penduduk disana menjadi antara sebab utama yang membawa kepada penghijrahan tersebut. Secara sepintas lalu dicatatkan sejarah Kerajaan Pagaruyung dan pergolakan yang berlaku di sana. Semua ini memberi latar bagi memudahkan pemahaman tentang masyarakat yang berhijrah ke Tanah Melayu. Beberapa petempatan dan kampung yang di kesan sejarah pembukaannya telah menemukan kita dengan beberapa tokoh penting serta jalur keturunan mereka di samping peranan dan sumbangan mereka. Kumpulan yang datang ke Tanah Melayu bukan sahaja dari kalangan masyarakat biasa tetapi juga kelompok bangsawan, tokoh agama dan juga golongan pendekar yang meninggalkan darjat dan status sosial mereka, sebaliknya bersedia menyesuaikan diri dengan alam baru. Tidak dapat dinafikan bahawa kumpulan orang Sumatera ini memberikan sumbangan besar terhadap pembangunan di kawasan petempatan mereka. Ada yang diberi pengiktirafan dan dilantik menjadi pemimpin masyarakat setempat dan ada yang generasi mereka hari ini telah menjadi tokoh yang dihormati. Kajian dan penulisan seperti ini walaupun lingkungannya terhad tetapi memberi sumbangan besar dari segi melengkapkan banyak lompang pensejarahan negara. Dengan membaca buku ini kita akan lebih memahami sejarah pertumbuhan sesebuah petempatan dan masyarakat di persekitarannya yang membentuk sebahagian daripada negara Malaysia hari ini.
Metadata
Taksonomi: | Asal Usul Melayu : Sumber Genetik > Sejarah |
---|---|
Bidang: | Asal-Usul Melayu : Sumber Genetik |
Tarikh Muatnaik: | 26 Oct 2016 08:12 |
Kata Kunci: | Sejarah Raub, Pahang; Orang Rawa; Cerita Bagi Bangsa Temau |