Musa, Mahani (2005) Sejarah & sosioekonomi wanita Melayu Kedah 1881-1940/ Mahani Musa. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. ISBN 9679427277 (pbk)
Musa, Mahani (2005) Sejarah & sosioekonomi wanita Melayu Kedah 1881-1940/ Mahani Musa. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. ISBN 9679427277 (pbk)
Musa, Mahani (2005) Sejarah & sosioekonomi wanita Melayu Kedah 1881-1940/ Mahani Musa. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. ISBN 9679427277 (pbk)
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Wanita bangsawan seperti Wan Masheran, Wan Hajar, dan Wan Fatimah mempunyai pengaruh dalam politik negeri Kedah pada abad ke-19. Mereka juga terlibat dalam pelbagai kegiatan ekonomi. Kedudukan sebagai kerabat diraja ternyata membuka banyak peluang untuk berdagang dan mengumpulkan harta. Walau bagaimanapun, penglibatan dalam sektor ekonomi ini hanya melibatkan sebilangan kecil wanita bangsawan yang bijak dan bercita-cita tinggi seperti Che Manjalara isteri Sultan Abdul Hamid. Sumbangan penting terhadap pertumbuhan ekonomi negeri Kedah sejak sebelum kedatangan British pada tahun 1909. Meskipun keaktifan bekerja dan mengumpul harta ini tidak dapat digambarkan dengan angka-angka dan bancian (kecuali banci pekerjaan), namun ini tidak dapat memadamkan hakikat bahawa wanita Melayu merupakan pencari rezeki yang aktif di negeri itu. Pembahagian buruh dan upah serta kemunculan tanah sebagai komoditi yang dibawa masuk oleh penjajahan telah menjadikan wanita dalam mana-mana negara yang dijajah semakin terpinggir dalam sektor pertanian. Meskipun tekanan sebegini wujud dalam mana-mana negara yang dijajah, namun ia tidak bermaksud semua masyarakat yang dijajah itu pasif terhadap perubahan. Wanita Melayu Kedah semasa era penjajahan, misalnya, bukan sahaja giat memohon tanah dan mengumpul harta malah bersedia mempertahankan harta mereka daripada jatuh ke tangan pihak lain. MAHANI MUSA, Ph.D. adalah pensyarah di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Beliau menumpukan kajiannya terhadap beberapa aspek sosioekonomi orang Melayu khususnya di Tanah Melayu pada abad ke-19 dan 20.
Metadata
Sumber Maklumat: | WebOPAC UUM Library |
---|---|
Taksonomi: | Ekonomi Melayu > Pembangunan Ekonomi Melayu Ekonomi Melayu > Sejarah Perkembangan |
Bidang: | Ekonomi Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 24 Oct 2016 07:33 |
Kata Kunci: | Women, Malay ; Kedah ; History ; Economic aspects ; Social aspects |
Download
Filename: Sejarah & sosioekonomi wanita Melayu Kedah 1881-1940.pdf