Nothofer, Bernd (1997) Dialek Melayu Bangka / Bernd Nothofer. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. ISBN 9679423786
Nothofer, Bernd (1997) Dialek Melayu Bangka / Bernd Nothofer. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. ISBN 9679423786
Nothofer, Bernd (1997) Dialek Melayu Bangka / Bernd Nothofer. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. ISBN 9679423786
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Terdapat lima bab yang dibincangkan oleh pengkaji yang antara lain mengenai keadaan dialek di Bangka, kisah pembahagian dialek Bangka dan pemetaan data, hubungan kekerabatan dialek Bangka dengan dialek Melayu lain dan kesimpulan serta cadangan-cadangan daripada pengkaji. Pengkaji dianggap berjaya melihat hubungan kekerabatan yang erat di antara dialek Bangka bukan hanya dengan dialek Melayu yang dipakai di sekitar Bangka tetapi juga dialek Melayu Borneo Barat Laut dan ini menunjukkan terdapatnya satu bahasa purba yang wujud di kawasan berkenaan. Buku ini juga membincangkan selok-belok dialek Melayu Bangka mengenai inovasi fonologi, retensi fonologis, inovasi morfologis, pembahagian dan pemetaannya, dan hubungan kekerabatan dialek Bangka dengan dialek Melayu yang lainnya. Buku ini sesuai dibaca oleh mereka yang terlibat dengan bidang linguistik, ahli- ahli budaya dan golongan akademik yang ingin mengetahui tentang perkembangan dan proses penyerapan bahasa dialek selain individu yang berminat mengetahui dialek pertuturan masyarakat. Apa yang penting penulis berjaya mengupas satu lagi penyelidikan tentang bahasa Melayu yang masih kurang diketahui umum.
Metadata
Sumber Maklumat: | WebOPAC Perpustakaan Tun Abdul Razak |
---|---|
Taksonomi: | Warisan Melayu > Bahasa > Dialek Warisan Melayu > Bahasa |
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 24 Oct 2016 03:09 |
Kata Kunci: | Bahasa Melayu, Dialek Melayu |