Salleh, Muhammad Syukri (2014) Aliran pemikiran ekonomi Islam Melayu / Muhammad Syukri Salleh. Ulum Islamiyyah Journal, 12. pp. 1-33. ISSN 1675-5936
Salleh, Muhammad Syukri (2014) Aliran pemikiran ekonomi Islam Melayu / Muhammad Syukri Salleh. Ulum Islamiyyah Journal, 12. pp. 1-33. ISSN 1675-5936
Salleh, Muhammad Syukri (2014) Aliran pemikiran ekonomi Islam Melayu / Muhammad Syukri Salleh. Ulum Islamiyyah Journal, 12. pp. 1-33. ISSN 1675-5936
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Makalah ini mempunyai dua tujuan utama. Pertama; meneliti aliran pemikiran ekonomi Islam kontemporari para sarjana di dunia Melayu; dan kedua, menganalisis aliran pemikiran tersebut dalam konteks konstruk teoretikal ekonomi Islam. Sarjana di dunia Melayu di sini merujuk kepada para cendekiawan di Kepulauan Melayu (Semenanjung Malaysia, Sumatera Timur, Kepulauan Indonesia, dan Borneo) dengan tumpuan khusus kepada Malaysia dan Indonesia. Ekonomi Islam yang dimaksudkan di sini pula terhad kepada ekonomi Islam arus perdana kontemporari. Kedua-dua tujuan ini dicapai melalui pendekatan kajian analisis tekstual terhadap penulisan-penulisan ekonomi Islam yang dihasilkan oleh para sarjana terpilih di Malaysia dan Indonesia. Hasil analisis ini kemudian disusun dalam bentuk tiga bahagian. Bahagian pertama membincangkan tentang konstruk teoretikal ekonomi Islam kontemporari. Bahagian kedua membincangkan tentang aliran pemikiran ekonomi Islam para sarjana Malaysia dan Indonesia. Akhir sekali, bahagian ketiga merumuskan perbincangan tersebut dengan menyatakan pendirian yang jelas tentang persoalan aliran pemikiran ekonomi Islam ini.
Metadata
Sumber Maklumat: | Pendeta Discovery WebOPAC - University of Malaya |
---|---|
Taksonomi: | Islam dan Keintelektualan Melayu > Pemikiran Ekonomi Melayu > Pemikiran Ekonomi Melayu |
Bidang: | Ekonomi Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 17 Oct 2016 06:59 |
Kata Kunci: | Ekonomi Islam, Melayu, Malaysia, Indonesia, kontemporari |
Download
Filename: ulum islamiyyah 12-artikel 1.pdf_ticket=t_TtT2W85B
Description: Online Journal Article