Kasri, Allawati and Mujani, Wan Kamal (2011) Sejarah kemunculan kelas menengah Melayu serta kesannya terhadap pembangunan Malaysia dalam bidang politik, ekonomi dan sosial / Allawati Kasri dan Wan Kamal Mujani. In: World Congress for Islamic History and Civilization, 10-11 Oktober 2011, Kuala Lumpur.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kemunculan golongan kelas menengah dalam sesebuah negara memang tidak dapat dinafikan kepentingannya, bahkan negara yang maju adalah negara yang dianggotai oleh ramai kelas menengah. Oleh itu, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh manamana kerajaan bagi mempercepatkan pertumbuhan golongan ini. Di Malaysia, bilangan kelas menengah adalah lebih ramai jika dibandingkan dengan negara-negara ASEAN yang lain. Namun begitu, jumlah mereka jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan negara-negara perindustrian seperti Taiwan, Hong Kong dan Korea Selatan. Dalam konteks Malaysia, kelas menengah terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang berbilang agama, bangsa dan budaya. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya akan memfokuskan kepada kelas menengah Melayu, khususnya tentang sejarah kemunculan mereka dan kesannya terhadap pembangunan negara. Kajian ini dilakukan berasaskan kepada kajian kepustakaan yang melibatkan pelbagai bentuk sumber sama ada sumber premier mahupun sekunder. Hasil kajian yang dilakukan mendapati sejarah kemunculan kelas menengah Melayu dapat dilihat melalui tiga peringkat zaman iaitu zaman tradisional, zaman penjajahan dan zaman selepas penjajahan atau zaman kemerdekaan. Kemunculan kelas menengah Melayu ini juga secara tidak langsung telah menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan negara sama ada dalam bidang politik, ekonomi mahupun sosial. Golongan ini bukan sahaja dianggap sebagai penggerak ekonomi negara, bahkan juga mampu untuk mempengaruhi arena politik dalam negara dan seterusnya mengembangkan masyarakat setempat.
Metadata
Sumber Maklumat: | UM Pendeta Discovery, UM Research Repository |
---|---|
Taksonomi: | Ekonomi Melayu > Pembangunan Ekonomi Melayu Ekonomi Melayu > Sejarah Perkembangan |
Bidang: | Ekonomi Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 24 Oct 2016 01:58 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Ekonomi Melayu, sejarah, kelas menengah Melayu |