Nasir, Zarul Azhar and Mohd. Salim, Nor Zarina and Laidin, Jamilah (2013) Pengaruh status ekonomi keluarga terhadap tahap motivasi dan pencapaian akademik pelajar Melayu : kajian terhadap pelajar program mengubah destini anak bangsa / Zarul Azhar bin Nasir, Nor Zarina Mohd. Salim dan Jamilah Laidin. In: Seminar Penyelidikan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu, 11 April 2013, Shah Alam.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan diantara status ekonomi keluarga terhadap tahap motivasi dan pencapaian akademik dikalangan pelajar Melayu yang mengikuti program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB). Untuk tujuan tersebut satu kajian soal selidik telah dilakukan ke atas 99 orang responden. Sejumlah 7 item berkaitan motivasi dan 11 item berkaitan status ekonomi keluarga telah diajukan kepada responden untuk mendapatkan pandangan mereka. Selain itu maklumat berkaitan profil demografi dan pencapaian akademik pelajar turut diperoleh. Dapatan kajian menunjukkan pembolehubah status ekonomi keluarga tidak signifikan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar (ρ=0.497) tetapi signifikan dalam mempengaruhi tahap motivasi pelajar untuk berjaya (ρ=0.035). Ujian analisis faktor mengklasifikasikan status ekonomi keluarga kepada dua kategori iaitu 1) kewangan untuk pembelajaran 2) penyediaan persekitaran kondusif untuk pembelajaran. Ujian-ρ mendapati faktor penyediaan persekitaran kondusif untuk pembelajaran signifikan dalam mempengaruhi tahap motivasi pelajar (ρ=0.013) manakala faktor kewangan tidak signifikan dalam mempengaruhi tahap motivasi pelajar (ρ=0.685). Pihak berkaitan perlu menitikberatkan aspek penyediaan persekitaran kondusif untuk pembelajaran dalam usaha mempertingkatkan tahap motivasi pelajar untuk berjaya.
Metadata
Sumber Maklumat: | UM Pendeta Discovery |
---|---|
Taksonomi: | Ekonomi Melayu > Kegiatan Ekonomi Ekonomi Melayu > Pembangunan Ekonomi Melayu |
Bidang: | Ekonomi Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 24 Oct 2016 01:20 |
Kata Kunci: | Ekonomi keluarga Melayu |