Kang, Kyoung Seock (1990) Perkembangan tulisan jawi dalam masyarakat Melayu / Kang Kyoung Seock. Dewan Bahasa dan Pustaka,, Kuala Lumpur.
Kang, Kyoung Seock (1990) Perkembangan tulisan jawi dalam masyarakat Melayu / Kang Kyoung Seock. Dewan Bahasa dan Pustaka,, Kuala Lumpur.
Kang, Kyoung Seock (1990) Perkembangan tulisan jawi dalam masyarakat Melayu / Kang Kyoung Seock. Dewan Bahasa dan Pustaka,, Kuala Lumpur.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
TULISAN JAWI sudah berusia lebih 700 tahun lampau. Tulisan jawi adalah seni penulisan yang berakar umbi dan sebahagian dari khazanah yang perlu dipelihara. Tetapi kini minat terhadap tulisan jawi semakin luntur. Apatah lagi generasi muda tidak lagi mengendahkan tulisan jawi.Jika keadaan ini berterusan, tulisan jawi akan terkubur. “Jika tidak ada usaha-usaha dilakukan untuk memulihkan tulisan jawi, kira-kira 20 atau 30 tahun akan datang, tulisan itu akan dihanyutkan jauh-jauh ke tengah lautan,” kata Pakar Jawi dari Korea Selatan. PROF KANG KYOUNG SEOK lahir Seoul Korea Selatan pada tahun 1955. Beliau memasuki sekolah rendah dan menengah di Seoul. Selepas itu, beliau melanjutkan pengajian di Hankuk University of Foriegn Studies,dalam jurusan Melayu-Indonesia di Department of Indonesian Studies pada tahun 1974. Selepas itu beliau meneruskan pengajian di peringkat sarjana Graduate School of Intrepretation and Translation Hankuk University of Foreign Studies. Kemudian beliau menjadi pensyarah di Busan University of Foreign Studies dalam jurusan pengajian Melayu Indonesia. Selepas itu, Prof Kyoung Seok menyambung pengajian ke peringkat sarjana dan memperoleh Ijazah Sarjana yang kedua dari Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada tahun 1987. Lima tahun kemudian, beliau memperoleh doktor falsafah dari universiti yang sama. Beliau pernah menjadi Profesor Tamu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kini beliau adalah Ketua Jabatan Pengajian Malaysia di Busan University of Foreign Studies, Korea Selatan.
Metadata
Sumber Maklumat: | UMP Library Catalogue |
---|---|
Taksonomi: | Islam dan Keintelektualan Melayu > Karya > Tulisan > Jawi Islam dan Keintelektualan Melayu > Karya > Tulisan > Bidang ilmu Islam dan Keintelektualan Melayu > Pemikiran |
Bidang: | Islam dan Keintelektualan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 24 Oct 2016 00:56 |
Kata Kunci: | Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi, Teori Prof. Kang, Sistem Tulisan Jawi |