Ahmad, Shakila and Othman, Hussain and Afkari, Rafiuddin and Abdul Rahim, Mohd. Hisyam (2011) Tulisan Jawi sebagai warisan peradaban bangsa: Analisa dari aspek cabaran semasa / Shakila Ahmad et. al. In: World Congress For Islamic History and Civilization, 10-11 Oktober 2011, Academy of Islamic Studies, University of Malaya.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Tulisan Jawi merupakan tulisan yang diambil dari skrp Arab yang sampai ke kepulauan Melayu bersama kedatangan Islam. Asalnya berperanan penting dalam usaha penyebaran ilmu terutamanya ilmu agama, seterusnya telah digunapakai secara meluas sebagai medium komunikasi oleh orang Melayu samada dalam kalangan ahli masyarakat mahupun dengan pihak luar. Menyingkap hubungannya yang amat rapat dengan bangsa Melayu, maka tulisan jawi merupakan salah satu dari warisan peradaban dan lambang jatidiri bangsa Melayu yang wajib diperlihara dan dipulihara. Bagaimanapun, hari ini kedudukan tulisan Jawi telah diambil alih oleh tulisan Rumi dan ia tidak lagi dilihat sebagai lambang peradaban Melayu sebagaimana yang telah dilalui di zaman kegemilangan ketamaduan Melayu dahulu. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengukuhkan kewujudan tulisan Jawi sebagai warisan peradaban bangsa di Alam Melayu seiring dengan kehadiran Islam di rantau ini di samping menganalisa aspek cabaran semasa yang dihadapi oleh tulisan jawi. Menjelaskan keperluan membudayakan penggunaan tulisan jawi dalam pelbagai aspek termasuklah mempelbagaikan penggunaan tulisan Jawi melalui karangan yang kreatif, imiginatif dan inovatif sehingga minat dan kecintaan terhadap tulisan Jawi tetap segar dalam kalangan generasi yang akan datang. Kertas kerja ini mengenegahkan dua cabaran semasa yang dihadapi oleh tulisan jawi yang perlu ditangani segera bagi memastikan tulisan Jawi dapat terus dimartabatkan penggunaannya sesuai dengan kedudukannya sebagai warisan peradaban bangsa.
Metadata
Sumber Maklumat: | Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia |
---|---|
Taksonomi: | Warisan Melayu > Tulisan |
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 24 Oct 2016 00:05 |
Kata Kunci: | Tulisan Jawi |