Daud, Alwi (2016) Perkahwinan Aristokrat Bugis dan Melayu Abad ke 18: Kajian berdasarkan teks silsilah Melayu dan Bugis, Hikayat Upu Daeng Merambun dan Hikayat Negeri Johor / Alwi Daud. In: Seminar Institusi Raja dalam Manuskrip Melayu (SIRaj 4), 29 September 2016, Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Makalah ini membincangkan perkahwinan antara aristokrat Bugis dan Melayu sekitar abad kelapan belas. Tujuannya untuk membuktikan perkahwinan aristokrat Bugis dan Melayu abad kelapan belas sama ada memberi kesan atau sebaliknya kepada sistem politik dan pentadbiran di alam Melayu. Meskipun terdapat pengkaji terdahulu antaranya Susan Bolyard Millar (2009), Asmiaty Amat (2012), Mardiana Nordin (2011) dan Abdullah Zakaria Ghazali (2002) membincangkan topik ini, tetapi perbincangan mereka kurang menyeluruh kepada fokus utama kajian. Sehubungan itu makalah ini akan: mengenal pasti kedudukan aristokrat Bugis di alam Melayu; menganalisis aspek penyatuan antara Bugis dan Melayu melalui perkahwinan; dan menilai kesan daripada perkahwinan ini sama ada memberi impak atau sebaliknya. Makalah ini menggunakan teks Silsilah Melayu dan Bugis, Hikayat Upu Daeng Menambun dan Hikayat Negeri Johor sebagai tunjang utama kajian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Sultan Negeri Selangor dan Pejabat Sultan Negeri Johor untuk menjawab perkara yang dikemukakan. Secara keseluruhannya, perkahwinan antara kedua pihak, telah berjaya mengubah landskap politik di Alam Melayu. Antaranya: menjadi raja dibeberapa kerajaan; membentuk jawatan Yang Dipertuan Muda yang lebih berkuasa daripada sultan dan hanya dipegang oleh suku Bugis; dan mengekalkan geneologi aristokrat Bugis di alam Melayu. Seterusnya, legitemasi aristokrat Bugis di Johor dan Selangor masih kekal hingga kini (2016).
Metadata
Sumber Maklumat: | Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Institusi Raja (Siraj IV) Hubungan Luar Kesultanan Melayu pada 29 September 2016 di Perpustakaan Negara, Kuala Lumpur, anjuran Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia. |
---|---|
Taksonomi: | Asal Usul Melayu : Sumber Genetik > Etnik > Melayu Bugis |
Bidang: | Kesultanan dan Pemerintahan |
Tarikh Muatnaik: | 17 Oct 2016 07:54 |
Kata Kunci: | Perkahwinan, aristokrat Bugis, aristokrat Melayu, Silsilah Melayu dan Bugis, Hikayat Upu Daeng Menambun dan Hikayat Negeri Johor |
Download
Filename: K_ALWI DAUD UM 16.pdf