Sulaiman, Adibah and Jamsari, Ezad Azraai (2011) Tradisi keintelektualan Melayu dan transformasi pendidikan agama awal abad ke-20/ Adibah Sulaiman @ Mohamad dan Ezad Azraai Jamsari. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) (IV). pp. 552-558.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kajian ini meneliti tradisi keintelektualan dalam masyrakat Melayu dan proses tranformasi ke atas pendidikan agama yang berlaku pada awal abad ke-20. Objektif kajian ini adalah untuk memapar dan membincangkan anjakan paradigma masyarakat dalam konteks pendididikan agama. Justeru, kajian ini memperlihatkan tradisi keintelektualan yang berlaku dalam masyarakat Melayu yang menjadi asas kepada sistem pendidikan dahulu dan kini. Selain itu, makalah ini memberi fokus kepada proses transformasi pendidikan agama di Tanah Melayu serta peranan tokoh-tokoh Kaum Muda Tanah Melayu seperti Syed Sheikh b. Ahmad al-Hadi, Sheikh Muhammad Tahir b. Jalaluddin dan Haji Abbas b. Taha. Penulisan makalah ini menggunakan pendekatan kajian kepustakaan, melalui metode induktif, deduktif dan analisis untuk mengenal pasti evolusi proses transformasi pendidikan agama di Tanah Melayu. Dapatan kajian ini menunjukkan idea tentang transformasi terhadap pendidikan agama adalah melawan arus sistem pengajian agama yang tradisional yang telah memonopoli norma pendidikan orang Melayu pada waktu itu. Begitupun,transformasi pendidikan agama yang dilihat asing oleh masyarakat Melayu awal abad ke-20 adalah cetusan idea yang penting kepada institusi dan sistem pendidikan agama masa kini.
Metadata
Sumber Maklumat: | Universiti Kebangsaan Malaysia Institutional Repository |
---|---|
Taksonomi: | Islam dan Keintelektualan Melayu > Pemikiran |
Bidang: | Islam dan Keintelektualan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 24 Oct 2016 01:02 |
Kata Kunci: | Keintelektualan Melayu |
Download
Filename: A_ADIBAH SULAIMAN 11.pdf