Jabugis, Abdur Rahman (2023) Ats-Tsamarat al-Lughat : Risalah pelajaran bahasa Arab dan Melayu dan Mandailing. Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur.
Jabugis, Abdur Rahman (2023) Ats-Tsamarat al-Lughat : Risalah pelajaran bahasa Arab dan Melayu dan Mandailing. Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur.
Jabugis, Abdur Rahman (2023) Ats-Tsamarat al-Lughat : Risalah pelajaran bahasa Arab dan Melayu dan Mandailing. Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Disusun oleh Haji Abdur Rahman bin Jabugis al-Mandaili, seorang ulama kelahiran Tanjung Balai Asahan, Sumatera Utara. Kamus ini tanpa data tarikh, sama ada tarikh selesai penulisan mahu pun tarikh cetakan. Dicetak oleh Muhammad Idris, Jalan Haji Lank, No. 21, Singapura, cetakan huruf batu atau litografi. Kandungan kamus tiga bahasa, iaitu bahasa Arab, Melayu dan Mandailing. Pada kulit kamus ini dinyatakan bahawa telah ia ditelaah oleh Maulana as-Saiyid Hamid bin al-Marhum as-Saiyid Ali, Naib as-Sultan Negeri Asahan. Di bawahnya diterangkan pula: “Ini risalah pelajaran bahasa Arab, dan Melayu, dan Mandaili. Tiada dibenarkan seseorang pun mengecapnya atau meniru, jikalau tiada minta izin yang empunya, kerana sudah direjister.” Pada muqaddimah Haji Abdur Rahman bin Jabugis al-Mandaili menjelaskan sebab-sebab beliau menyusun kamus tersebut, katanya; "ada pun kemudian, maka meminta akan daku setengah saudara kami, berulang-ulang mereka itu sekali kemudian sekali, bahawa aku tuliskan akan bahasa Arab dan aku gantungkan akan maknanya dengan bahasa Melayu Asahan, atas kadar sedikit ilmuku dan keruh hatiku, dan pandak mengertiku.”
Metadata
Sumber Maklumat: | Repositori Persuratan Jawi UiTM |
---|---|
Taksonomi: | Islam dan Keintelektualan Melayu > Karya > Bahasa > Arab Islam dan Keintelektualan Melayu > Karya > Bidang Ilmu > Ilmu Bahasa dan Sejarah Islam dan Keintelektualan Melayu > Karya > Bahasa > Melayu |
Bidang: | Islam dan Keintelektualan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 23 May 2025 08:27 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Kamus bahasa Arab dan Melayu dan Mandailing |