Haji Raja Ahmad, Haji Raja Ali (1991) Tuhfat al-Nafis Naskhah Terengganu. The House of Tengku Ismail, Terengganu. ISBN 9839966200
Haji Raja Ahmad, Haji Raja Ali (1991) Tuhfat al-Nafis Naskhah Terengganu. The House of Tengku Ismail, Terengganu. ISBN 9839966200
Haji Raja Ahmad, Haji Raja Ali (1991) Tuhfat al-Nafis Naskhah Terengganu. The House of Tengku Ismail, Terengganu. ISBN 9839966200
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Tuhfat An-Nafis naskhah Terengganu merupakan salinan manuskrip asal yang dikekalkan dalam bahasa Jawi. Manuskrip ini merupakan koleksi milik almarhum Tengku Ismail Su dan diterbitkan semula untuk tatapan generasi akan datang. Tuhfat al-Nafis merupakan contoh penulisan sejarah istana Melayu tradisional yang amat baik, yang mendorong pelbagai pihak menyalinnya untuk kegunaan mereka sendiri. Karya agung ini pada mulanya disusun dan ditulis di Istana Kerajaan Melayu yang berpusat di Riau dibawah pengaruh Bugis. Semasa peralihan di abad ke 18, orang-orang Bugis yang merupakan pendatang asing membekalkan pasukan bersenjata dan keutuhan politik kepada warisan kerajaan Melaka lama yang ditegakkan semula di Wilayah Johor-Riau-Lingga, yang sewaktu itu sedang menghadapi ancaman dari penyerbuan orang-orang Minangkabau, perpecahan dalaman dan juga perang saudara di- dalam wilayahnya yang luas itu. Menjelang tahun 1860 an, ketika teks asal telah selesai ditulis, orang-orang Bugis telah pun berakar umbi dalam struktur politik Melayu lebih dari 150 tahun. Penulisan sejarah telah dipergunakan sebagai pelengkap ketampilan negarawan, khususnya oleh orang-orang Bugis yang menguasai kedua-dua bidang tersebut. Kajian-kajian kebelakangan ini mengusulkan bahawa Tuhfat al-Nafis adalah me- rupakan hasil usaha dua orang pembesar istana, ayah dan anak, iaitu Haji Raja Ahmad (1778-1878) dan Haji Raja Ali (1809-72). Haji Raja Ahmad menulis versi yang pendek yang kemudiannya menjadi asas kepada anaknya untuk melanjutkan seterusnya.5 Kedua-dua penulis ini berasal dari keluarga Bugis yang terkenal, yang berkhidmat sebagai pegawai istana kepada pembesar mereka Yamtuan Muda Bugis dalam Kerajaan Melayu. Sejarah dunia Melayu yang mencakupi masa selama tahun ini, telah ditulis dari kacamata yang menuntungkan bangsa penakluk dalam bahasa bangsa yang ditakluki.
Metadata
Koleksi: | Koleksi Negeri > Koleksi Terengganu |
---|---|
Sumber Maklumat: | Repositori Persuratan Jawi UiTM |
Taksonomi: | Kesultanan dan Pemerintahan > Institusi Kesultanan Kesultanan dan Pemerintahan > Islam Kesultanan dan Pemerintahan > Sejarah |
Bidang: | Islam dan Keintelektualan Melayu Kesultanan dan Pemerintahan |
Tarikh Muatnaik: | 23 May 2025 08:27 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Tuhfat al-Nafis Naskhah Terengganu |