Ahmad Zakaria, Ros Mahwati and Harun, Nor Zalina and Mokhtar, Ahmad Bazri, eds. (2020) Etnosains Warisan Budaya Alam Melayu. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. ISBN 9789672510741

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Buku ini adalah hasil koleksi kertas kerja berkaitan Etnosains Warisan Budaya Alam Melayu. la terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Etnosains dalam Warisan Ketara, Etnosains dalam Warisan Tak Ketara dan Pembangunan Produk Etnosains Melayu. Secara umumnya, istilah etnosains adalah berasal dari dua perkataan Yunani iaitu Ethnos yang bermaksud bangsa atau etnik. Manakala Scientia pula bermaksud pengetahuan. Oleh itu, setelah digabungkan kedua-dua perkataan tersebut, etnosains alam Melayu, boleh difahami sebagai satu pengetahuan tentang bangsa Melayu di alam Melayu. Justeru itu, seiring dengan pengetahuan sains dan teknologi pada hari ini, pengetahuan tentang etnosains masyarakat tempatan juga perlu dititip rapat sebagai satu khazanah warisan ilmu bangsa. Gandingan ini penting supaya generasi pada hari ini menyedari tentang pencapaian, ketinggian dan keunikan warisan pengetahuan yang mereka miliki sehingga ke hari ini. Buku ini adalah satu usaha berterusan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia untuk berkongsi dan menyampaikan pengetahuan kepada masyarakat khususnya di alam Melayu. Usaha penerbitan ini juga bertujuan untuk memperbanyakan lagi bahan bacaan yang berkaitan warisan etnosains alam Melayu dan diharap ia dapat memberi manfaat kepada semua para pengkaji dan pelajar serta sesiapa sahaja yang ingin mengenali asas etnosains alam Melayu.
Metadata
Sumber Maklumat: | OPAC PNM |
---|---|
Taksonomi: | Adat dan Budaya Melayu > Budaya Melayu Warisan Melayu > Kesenian Adat dan Budaya Melayu > Kesenian Melayu Adat dan Budaya Melayu > Nilai-nilai Sosial |
Bidang: | Adat dan Budaya Melayu Ketamadunan Melayu Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 21 May 2025 01:13 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Etnosains, Warisan, Budaya, Alam Melayu |