Ahmad Zakaria, Ros Mahwati and Mokhtar, Ahmad Bazri, eds. (2022) Warisan Tinta Melayu: Ilmu Manuskrip Melayu. UKM Press, Bangi, Selangor. ISBN 9789672517740
Ahmad Zakaria, Ros Mahwati and Mokhtar, Ahmad Bazri, eds. (2022) Warisan Tinta Melayu: Ilmu Manuskrip Melayu. UKM Press, Bangi, Selangor. ISBN 9789672517740
Ahmad Zakaria, Ros Mahwati and Mokhtar, Ahmad Bazri, eds. (2022) Warisan Tinta Melayu: Ilmu Manuskrip Melayu. UKM Press, Bangi, Selangor. ISBN 9789672517740
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Warisan Tinta Melayu: Ilmu Manuskrip Melayu mengetengahkan pelbagai perbincangan dari kaedah pembelajaran dan pengajaran, sastera, perubatan, undang-undang, adat, budaya dan teknologi pembuatan dakwat dalam satu naskhah sebagai bahan bacaan dan rujukan semua lapisan masyarakat. Manuskrip ilmu tradisional merupakan antara sumber penting yang perlu diteroka dan dikaji dengan lebih giat. Manuskrip-manuskrip ini memiliki aspek-aspek yang unik dan istimewa dalam pengkajian manuskrip—dapat dianggap sebagai sejenis hasil karya yang signifikan dalam mengangkat persoalan kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu, terutamanya mengenai epistemologi dan pemikiran mereka. Manuskrip ini tentu tidak jauh bezanya daripada bahan-bahan manuskrip yang lain, namun tetap memiliki cara dan gaya yang tersendiri. Maka ia memerlukan strategi pengkajian yang khusus yang dapat membentuk fokus utama dalam mengendalikannya—iaitu dengan mempertimbangkan soal-soal epistemologi, kosmologi, linguistik, peristilahan, sistem kepercayaan; begitu juga dari segi akomodasi ilmu tradisional itu dengan unsur-unsur kebudayaan, dalam aspek-aspek cara bagaimana ia disebar, diserap, atau diadaptasi dalam kehidupan masyarakat Melayu. Dengan tujuan untuk mendekati hal-hal seperti itu, keseluruhan manuskrip perlu difahami dan dipelajari.
Metadata
Sumber Maklumat: | OPAC PNM |
---|---|
Taksonomi: | Islam dan Keintelektualan Melayu > Karya > Kategori > Manuskrip Kitab Warisan Melayu > Tulisan |
Bidang: | Islam dan Keintelektualan Melayu Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 23 May 2025 08:30 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Manuskrip Melayu |