Ahmad Zakaria, Ros Mahwati and Noor Muhammad, Salmah Jan and Mokhtar, Ahmad Bazri, eds. (2023) Pusaka Watan dalam Manuskrip Melayu. UKM Press, Bangi, Selangor. ISBN 9786294860575
Ahmad Zakaria, Ros Mahwati and Noor Muhammad, Salmah Jan and Mokhtar, Ahmad Bazri, eds. (2023) Pusaka Watan dalam Manuskrip Melayu. UKM Press, Bangi, Selangor. ISBN 9786294860575
Ahmad Zakaria, Ros Mahwati and Noor Muhammad, Salmah Jan and Mokhtar, Ahmad Bazri, eds. (2023) Pusaka Watan dalam Manuskrip Melayu. UKM Press, Bangi, Selangor. ISBN 9786294860575
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Tradisi penulisan ialah warisan penting dalam ketamadunan manusia. Sesebuah masyarakat yang bertamadun mempunyai daya pemikiran dan kemahiran menulis serta membaca yang menjadi syarat dalam penyebaran ilmu. Masyarakat Melayu meneruskan legasi sebagai masyarakat bertamadun dengan merekodkan pencapaian dan kejadian yang telah berlaku dan yang sedang berlaku dalam zaman mereka melalui bentuk bertulis yang menjadi rekod sejarah yang mampu menjadi bukti pencapaian masyarakat Melayu. Tujuan utama buku ini dihasilkan adalah untuk memperkayakan bahan penulisan dari hasil penyelidikan terhadap manuskrip Melayu yang merentasi enam subtema, iaitu sejarah, keagamaan, bahasa/sastera, etnosains, seni dan konservasi. Warisan ilmu manuskrip Melayu perlu diangkat dan diteliti dari semua jenis manuskrip dan bidang bagi memastikan ilmu leluhur Melayu dapat dimanfaatkan sebagai acuan dalam kehidupan generasi masyarakat Melayu hari ini. Kepelbagaian bahan seperti warkah, karya sastera, karya sejarah dan sebagainya perlu diperhalusi secara makro dan mikro bagi mendapatkan segala intipati yang hendak disampaikan bersesuaian dengan tajuk yang diberikan bagi naskah ini, iaitu Pusaka Watan dalam Manuskrip Melayu. Penerbitan ini adalah salah satu daripada usaha Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu (PPMAM), Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM bagi mengangkat penyelidikan manuskrip Melayu di bawah dana TKS 413 yang sekali gus melestarikan warisan ilmu yang menjadi bukti kepada peradaban tamadun alam Melayu. Justeru itu, dengan terhasilnya penerbitan ini diharap ia menjadi panduan dan rujukan buat semua lapisan masyarakat khususnya para pelajar dan penyelidik muda. Oleh yang demikian, pihak Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu (PPMAM), Institut Alam dan Tamadun Melayu akan terus berusaha untuk mengangkat khazanah ilmu alam Melayu melalui manuskrip Melayu sebagai pedoman kepada generasi kini dan akan datang.
Metadata
Sumber Maklumat: | OPAC PNM |
---|---|
Taksonomi: | Warisan Melayu > Kesusasteraan Islam dan Keintelektualan Melayu > Karya > Kategori > Manuskrip Kitab |
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 24 Apr 2025 01:41 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Manuskrip Melayu, penyelidikan manuskrip Melayu, Institut Alam dan Tamadun Melayu, Tradisi penulisan, Warisan |