Muhamad, Asyaari and Mohd Nasir, Mohd Nasrulamiazam, eds. (2024) Tamadun Melayu: Sejarah, Warisan dan Jati Diri. UKM Press, Selangor. ISBN 9786294862746

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Penghuni di kawasan Dunia Melayu merupakan salah satu daripada lima rumpun bangsa dan bahasa yang terbesar di dunia. Hari ini, Dunia Melayu' dari segi geo-politiknya merangkumi wilayah yang kita sebut sebagai Nusantara. Manakala dari segi kebudayaannya pula ianya merangkumi aneka budaya daerah dan kesukuan yang mana telah mengalami perkembangan yang agak terasing dan tersendiri semenjak runtuhnya Empayar Melayu, kemudiannya dipecah belahkan wilayahnya oleh penaklukan kuasa kolonial barat. Justeru, perbincangan buku ini adalah terangkum dalam ilmu Pengajian Melayu dan kandungan korpus ilmu yang kita kenal dewasa ini berkait langsung dengan Malaysia dan rantau Nusantara. Perbincangan mengenai ekologi identiti bangsa Melayu moden merangkumi warisan, sejarah, budaya, bahasa, busana, adat, jati diri dan selainnya, adalah berasaskan kategori etnik Melayu. Menerusi buku ini, rangkuman kompilasi kupasan tokoh-tokoh ilmuwan Malaysia dalam bidang kepakaran masing-masing diangkat sebagai pedoman memperkasa alam dan tamadun Melayu. Bahan bacaan menyeluruh seperti yang dipaparkan dalam buku ini amat baik untuk dikongsikan kepada generasi kini sebagai asas pembinaan jati diri bangsa yang akan mewarisi perjuangan bangsa di masa hadapan.
Metadata
Sumber Maklumat: | OPAC PNM |
---|---|
Taksonomi: | Ketamadunan Melayu > Sejarah Asal Usul Melayu : Sumber Genetik > Sejarah |
Bidang: | Adat dan Budaya Melayu Ketamadunan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 23 May 2025 04:19 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Tamadun Melayu, Sejarah |