'Uthman Sarawak, Abd al-Karim (2024) Suluh Kemajuan. Akademi Jawi Malaysia, Kajang, Selangor. ISBN 9789672422655
'Uthman Sarawak, Abd al-Karim (2024) Suluh Kemajuan. Akademi Jawi Malaysia, Kajang, Selangor. ISBN 9789672422655
'Uthman Sarawak, Abd al-Karim (2024) Suluh Kemajuan. Akademi Jawi Malaysia, Kajang, Selangor. ISBN 9789672422655
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Suluh Kemajuan ialah sebuah karangan Tuan Guru Ḥāji ‘Abd al-Karim (1916-1961), anakanda kepada ulama’ tersohor negeri Sarawak, Shaykh ‘Uthman bin ‘Abd al-Wahhāb al-Sarawaki (1864-192) yang lebih dikenali sebagai Shaykh Uthmān Sarawak. Suluh Kemajuan terdiri dari 18 bab yang mempersembahkan nasihat dan panduan untuk sesebuah bangsa merdeka daripada penjajahan, sikap-sikap yang perlu ada untuk kemajuan bangsa dan semangat cintakan tanah air (ḥubb al-watan). Antara sikap yang dianjurkan adalah berani yang dapat membela nasib ummat melampaui kezaliman, menetapkan arah tuju dan matlamat dalam berusaha, menghindarkan diri dari sikap penakut yang boleh membinasakan bangsa dan ummat, dan membuang sikap putus ada yang dalam memperkuat semangat kebangsaan. Menurut Tuan Guru, nasihat dan panduan ini “seumpama perkakas bagi mereka itu pada menolakkan dan menewaskan segala ketumbukan tentera-tentera kejāhilan, kebodohan dan nafsu yang ammārah, dan juga dapatlah mereka menjauhkan diri daripada penyakit bercerai-berai.” Istimewanya, kitab ini diberi kata pengantar oleh dua orang ‘ulama tanah air, Shaykh ‘Abdullāh Fāhim yang ketika itu adalah Mufti Pulau Pinang dan Shaykh Zubayr bin Ḥāji Aḥmad, mudir Madrasah Idrisiyyah, Kuala Kangsar.
Metadata
Sumber Maklumat: | OPAC PNM |
---|---|
Taksonomi: | Islam dan Keintelektualan Melayu > Pemikiran > Klasik Islam dan Keintelektualan Melayu > Tokoh Ulama Islam dan Keintelektualan Melayu > Karya > Kategori > Transliterasi |
Bidang: | Islam dan Keintelektualan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 19 Nov 2024 07:35 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Pemikiran Melayu, Kemerdekaan |