Hamil, Jamaie (2004) UMNO dalam politik dan perniagaan Melayu / Jamaie Hamil. Siri politik Malaysia . Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. ISBN 9679426432
Hamil, Jamaie (2004) UMNO dalam politik dan perniagaan Melayu / Jamaie Hamil. Siri politik Malaysia . Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. ISBN 9679426432
Hamil, Jamaie (2004) UMNO dalam politik dan perniagaan Melayu / Jamaie Hamil. Siri politik Malaysia . Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. ISBN 9679426432
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Perniagaan adalah suatu bidang yang jarang diceburi oleh orang Melayu kerana dasar diskriminasi kolonial serta sistem ekonomi dualisme yang dibawa oleh penjajah untuk terus meminggirkan orang Melayu dari menguasai bidang ekonomi. Menyedari akan kemunduran kedudukan sosioekonomi berkenaan, UMNO sebagai teras pemerintah yang berkuasa telah mengambil inisiatif untuk mengatasinya. Melalui kepimpinan UMNO bermula era Tun Razak beberapa langkah telah diperkenalkan untuk mengatasi kemunduran berkenaan. Kongres Ekonomi Bumiputera I dan II, DEB, MARA, PERNAS dan UDA dilancarkan untuk membantu orang Melayu supaya terlibat dalam sektor perekonomian khusnya bidang perniagaan. Institusi-institusi amanah ini dibentuk untuk memastikan kepentingan bumiputera dipelihara dengan menyediakan pelbagai kemudahan, insentif dan bantuan yang diperlukan. Dalam masa yang sama UMNO turut bertindak sebagai mangkin dalam mempercepat penglibatan organisasi orang Melayu dalam perniagaan. UMNO telah membentuk syarikat-syarikat korporatnya. Di era Dr. Mahathir, orientasi perekonomian telah bertukar kepada meletakkan asas berkenaan sejak DEB dilancarkan. Akan tetapi apabila pemegang amanah korporat (nominees & proxy) UMNO ini turut terlibat dalam perniagaan, situasi telah bertukar kerana kepentingan politik serta kepentingan ekonomi dimanipulasi. Situasi ini semakin sukar dipisahkan apabila orang Melayu yang dibantu oleh UMNO dahulunya telah menjadi jutawan atau ahli korporat yang berjaya. Mereka terus bergantung pada elit politik untuk memastikan survival perniagaan mereka terjamin. Sementara itu elit politik pula bergantung pada elit ekonomi berkenaan untuk terus mengukuhkan kekuasaan. Bagi orang Melayu untuk mengumpul kekayaan, jalan pintas adalah dengan sukarela, tetapi menjadi rebutan di semua peringkat. Amalan kronisme dan nepotisme dibenarkan, politik wang berlanjutan, krisis kepimpinan bertukarganti dan perpecahan perpaduan Melayu adalah berpunca dari gejala-gejala tindakan aktor dalam kepimpinan UMNO.
Metadata
Sumber Maklumat: | WebPAC UUM Library |
---|---|
Taksonomi: | Ekonomi Melayu > Kegiatan Ekonomi Ekonomi Melayu > Pembangunan Ekonomi Melayu |
Bidang: | Ekonomi Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 20 Oct 2016 08:16 |
Kata Kunci: | UMNO ; Malays ; Economic aspects ; Malaysia ; Politics and government |
Download
Filename: UMNO dalam politik dan perniagaan Melayu .pdf