., Mohd Salehuddin (1951) Garisan sejarah kesenian dan pertukangan Melayu. Majalah Mastika. pp. 8-16. ISSN 0126-5598
., Mohd Salehuddin (1951) Garisan sejarah kesenian dan pertukangan Melayu. Majalah Mastika. pp. 8-16. ISSN 0126-5598
., Mohd Salehuddin (1951) Garisan sejarah kesenian dan pertukangan Melayu. Majalah Mastika. pp. 8-16. ISSN 0126-5598
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Tiap-tiap bangsa sedikit sebanyaknya ada mempunyai keseniannya sendiri yang telah dibentuk oleh ahli-ahli seni bangsa itu pada zaman purbakala dan berketurunanlah menjadi pusaka kepada bangsa itu. Seni itu ialah disebutkan seni asli, iaitu tumbuh dan kembang di dalam masyarakat bangsa itu dengan tidak ditambah atau diubah oleh pengaruh-pengaruh dari luar. Orang Melayu telah sedia mempunyai keseniannya yang tersendiri semenjak dari mereka turun dari negeri Yunan lagi. Pada masa sekarang kesenian asli yang masih kekal tiada kena pengaruh dari luar ini masih lagi didapati di antara puak-puak kaum yang terpencil yang mendiami Pulau Nias, Pulau Sulawesi, orang Batak di Sumatera, orang Daik di Borneo dan lain-lain lagi. Rupa bentuk kesenian yang asli ini bolehlah dipastikan daripada ukiran-ukiran dan kumai- kumai rumah-rumah orang Batak yang melengkung bumbungnya seperti tanduk kerbau itu dan pada corak-corak kain batik yang diperbuat di Tanah Jawa yang banyak mempunyai bentuk yang bulat-bulat atau bergelung-gelung atau seperti rupa tulisan “S” dan bentuk-bentuk yang beranyam atau bersusun berbaris- baris. Selain daripada itu bolehlah juga didapati akan dia diukirkan pada seruling bambu orang Minangkabau dan pada ukiran yang ditebuk pada patung- patung wayang kulit orang Jawa.
Metadata
Sumber Maklumat: | Digital Special Collection Portal UMK |
---|---|
Taksonomi: | Warisan Melayu > Kesenian > Senibina |
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 07 Dec 2023 17:15 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Seni Melayu, Kesenian Melayu, Pertukangan Melayu |