Haji Harun, Makmur and Abd Aziz, Mohd Kasturi Nor (2018) Aplikasi seni khat dan Jawi dalam keris kajian terhadap keris-keris Melayu di Nusantara. Research Gate. pp. 1-15.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Wujudnnya keris sebagai karya seni hebat yang dianggap pusaka bangsa Melayu di Nusantara dengan memiliki pelbagai ciri tersendiri sebagai kreativiti dari pembuatnya. Keris juga menjadi senjata pembela diri bagi pemiliknya di bumi bertuah ini, walaupun jenis senjata ada pelbagai namun keris menjadi sangat signifikan penggunaannya dalam perjuangan bangsa Melayu dari masa ke masa. Keris sangat istimewa bagi orang Melayu kerana ia merupakan lambang maruah, kedaulatan, kekuasaan, kehormatan, harga diri dan sebagainya. Keris akan semakin bernilai tinggi ketika dibubuhkan kreativiti seni dan ukiran di dalamnya. Demikian pula adanya seni khat dan Jawi tetap terus digunakan di pelbagai keris untuk menjaga makna karya, warisan seni, menambah variasi, mengungkap zahir, menerapkan batin, dan menjaga leluhur. Selain menjadi karya indah ia juga telah memberi ciri tersendiri dalam bentuk, corak, warna, dan bahannya. Seni khat dan Jawi dalam keris juga telah mengungkap ciri seni tersendiri lebih mendalam sebagai manifestasi keindahan budaya Melayu sebagai simpanan popular di pejabat, istana, muzium, institusi dan sebagainya.
Metadata
Sumber Maklumat: | Research Gate |
---|---|
Taksonomi: | Warisan Melayu > Senjata Warisan Melayu |
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 07 Dec 2023 17:09 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Keris, Senjata warisan Melayu |