Denisova, Tatiana A. (2011) Refleksi historiografi alam Melayu. Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Denisova, Tatiana A. (2011) Refleksi historiografi alam Melayu. Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Denisova, Tatiana A. (2011) Refleksi historiografi alam Melayu. Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Buku Refleksi Historiografi Alam Melayu ini dihasilkan untuk mempersembahkan khazanah persuratan Melayu sebagai sumber sejarah yang penting dan berguna. Di samping itu untuk menarik perhatian para ilmuwan dan para pembaca mengenai bahan-bahan yang dirakamkan dalam teks sejarah Melayu lama akan betapa unggulnya karya tersebut. Penulisan ini juga dapat menunjukkan bahawa karya tersebut memuatkan cita-cita tinggi yang menjadi tonggak tamadun bangsa Melayu. Pembaca juga diperkenalkan dengan tulisan dan fikiran orang Melayu yang pernah mencipta karyanya pada kurun ke-13 hingga ke-19. Dengan itu, buku ini menyusun banyak petikan daripada teks sejarah Melayu dan melampirkannya dengan penjelasan dan analisis ilmiah. Teks yang dikaji dan dipilih itu adalah daripada sumber yang nyata dan konkrit supaya penelitiannya bersifat objektif. Adalah diharapkan bahan dalam buku ini seterusnya dapat digunakan untuk kajian yang berkaitan dalam bidang ilmu seperti sejarah, falsafah, etnologi, ekonomi dan sebagainya. Selain itu, tumpuan juga diberikan pada unsur kehidupan intelektual dan unsur ekonomi yang dirakamkan dalam teks sejarah Melayu. Kedua-dua aspek tersebut merupakan elemen utama dalam sejarah dan tamadun bangsa sekali gus menunjukkan tahap perkembangan dan kemakmuran masyarakat ketika itu.
Metadata
Sumber Maklumat: | OPAC UiTM |
---|---|
Taksonomi: | Ketamadunan Melayu > Sejarah |
Bidang: | Ketamadunan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 07 Dec 2023 10:52 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Khazanah persuratan Melayu, Historiografi, Sejarah Melayu lama |
Download
Filename: 5222.jpg
Description: jpg