Mohd Yunus, Rohayu (2015) Kebaya Selangor. Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor, Shah Alam. ISBN 9789832563075
Mohd Yunus, Rohayu (2015) Kebaya Selangor. Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor, Shah Alam. ISBN 9789832563075
Mohd Yunus, Rohayu (2015) Kebaya Selangor. Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor, Shah Alam. ISBN 9789832563075
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kebaya labuh atau juga disebut baju belah panjang merupakan antara busana Melayu agung yang wujud sejak Kesultanan Melayu Melaka. Walaupun ia adalah hasil asimilasi dari pengaruh luar, namun pereka busana ketika itu bijak mengolah hingga lahirnya kebaya yang menjadi identiti dan kebanggaan wanita Melayu. Buku ini menghimpunkan variasi kebaya labuh dari pelbagai negeri di Semenanjung Malaysia yang dilihat popular pemakaiannya di Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Melaka dan Johor. Terbahagi kepada lima bab merangkumi aspek sejarah awal pakaian Melayu, perkembangan kebaya labuh di Selangor dalam kalangan raja, pembesar, rakyat dan Orang Asli (Orang Asal). Perbandingan kebaya labuh di Selangor dan negeri lain di Semenanjung Malaysia serta pelengkap kepada busana yang menjadi sinonim buat wanita juga, turut dikupas dalam dua bab terakhir. Turut dimuatkan bab untuk mereka yang berminat mencuba cara-cara menjahit baju kebaya Selangor mengikut potongan tradisi. Buat pembaca yang mencintai, mengagumi keindahan, kehalusan tenunan serta menghargai nilai estetika artifak sejarah, hayatilah foto-foto yang pastinya mempesona dan mampu mengimbau nostalgia buat anda yang pernah melaluinya.
Metadata
Sumber Maklumat: | OPAC UiTM |
---|---|
Taksonomi: | Warisan Melayu > Busana Tradisional |
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 02 Aug 2023 16:52 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Kebaya, Pakaian tradisional Melayu |
Download
Filename: 5198.jpg
Description: jpg