Harahap, Darwus (1992) Sejarah pertumbuhan Bahasa Melayu. Penerbit Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. ISBN 9838610674
Harahap, Darwus (1992) Sejarah pertumbuhan Bahasa Melayu. Penerbit Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. ISBN 9838610674
Harahap, Darwus (1992) Sejarah pertumbuhan Bahasa Melayu. Penerbit Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. ISBN 9838610674
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Setakat ini bahasa yang memiliki cara pembinaan kata dan pembinaan ayat yang serupa dengan bahasa Melayu hanya terdapat di kawasan Nusantara. Bahasa yang seiras dengannya ialah bahasa yang terdapat di pulau yang terdapat di Lautan Hindi seperti di Pulau Madagaskar di sebelah Barat dan bahasa yang terdapat di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik, iaitu bahasa Austronesia, Mikronesia, Melanesia, dan Polinesia. Bahasa seperti ini tidak ditemui di Asia Tengah. Kekeluargaan bahasa ini memperlihatkan bahawa bahasa Melayu tumbuh dan berkembang di kawasan Nusantara atau alam Melayu, dan beberapa bukti menunjukkan bahawa pertumbuhan tersebut bermula di kawasan Jambi dan Palembang di Sumatera Selatan. Buku ini lebih berkecenderungan mengatakan bahawa asal bangsa yang mendiami Palembang tersebut pada awalnya datang daripada Asia Barat tempat lahirnya para nabi. Tulisan asal orang Melayu ialah tulisan/aksara Rencong (tulisan yang terdapat di Sumatera Selatan) yang dicipta oleh orang Melayu berdasarkan benda yang ada di alam sekitar mereka seperti ranting kayu, akar, rotan, dan sungai. Hal ini dapat dikaitkan pada penciptaan susastera Melayu yang asal, iaitu pantun yang menggunakan pengisi alam sebagai pembayang maksud atau sampiran sebelum menyatakan isi pantunnya. Semasa pertumbuhan awal bahasa Melayu ini, ia sesungguhnya telah memiliki aturan pengimbuhan dan penyusunan ayatnya sendiri. Walaupun sebahagian besar perkataan asing dapat dimelayukan oleh bahasa Melayu sendiri, namun kerana desakan yang kuat serta kehadiran bahasa asing yang begitu sangat diperlukan bagi keperluan perhubungan masyarakat, maka aturan tadi menjadi bercampur-baur.
Metadata
Sumber Maklumat: | OPAC UiTM |
---|---|
Taksonomi: | Warisan Melayu > Bahasa Warisan Melayu > Sejarah |
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 26 Jun 2023 03:20 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Bahasa Melayu |
Download
Filename: 5179.jpg
Description: jpg