Idrus, Intan Salina (2015) Penyelidikan terkini nisan Aceh di Selangor. Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor, Shah Alam. ISBN 9789832563082

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Buku ini membincangkan mengenai batu nisan Aceh yang telah ditemukan di Selangor pada tahun 2006. Penemuan batu nisan Aceh di Selangor adalah hasil daripada kerja-kerja survei dan juga ekskavasi arkeolagi yang telah dijalankan secara sistematik di tapak kampung Lubuk Jaya Kuala Selangor. Taburan penemuan batu nisan Aceh di Selangor terdapat di daerah Kuala Selangor, Batu Tiga, Shah Alam, Petaling dan Puchong. Keseluruhan jumpaan batu nisan Aceh di Selangor sehingga buku ini diterbitkan adalah sebanyak 53 unit. Melalui bukti dan artifak yang ditemukan, ternyata telah adanya hubungan sosio budaya yang terjalin antara Kesultanan Selangor dan Aceh di Selangor. Tinggalan warisan budaya batu nisan Aceh di Selangor memberikan bukti kesamaan warisan budaya, khususnya dari sudut seni rupa dan betapa mesranya pemikiran dan estetika seni budaya dalam kedua- dua rumpun Melayu ini. Kekuatan isi dalam buku ini terletak pada kesahihan sumber yang digunakan, lengkap dengan gambar bagi memudahkan pembaca memahami tentang perkara yang dibincangkan. Penerbitan buku ini akan memberikan sumbangan yang besar dalam penyelidikan batu nisan Aceh di Malaysia.
Metadata
Sumber Maklumat: | OPAC UiTM |
---|---|
Taksonomi: | Adat dan Budaya Melayu > Budaya Melayu Adat dan Budaya Melayu > Adat Resam & Tradisi > Kematian Ketamadunan Melayu > Kesenian |
Bidang: | Ketamadunan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 18 May 2023 15:24 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Batu nisan, Batu nisan Aceh, Arkeolagi |
Download
Filename: 5166.jpg
Description: jpg