A. Malek, Mohd. Zamberi (2011) Langkasuka: negara Melayu pertama. Anjung Media Resources, Kuala Lumpur. ISBN 9789834235222
A. Malek, Mohd. Zamberi (2011) Langkasuka: negara Melayu pertama. Anjung Media Resources, Kuala Lumpur. ISBN 9789834235222
A. Malek, Mohd. Zamberi (2011) Langkasuka: negara Melayu pertama. Anjung Media Resources, Kuala Lumpur. ISBN 9789834235222
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Langkasuka: Negara Melayu Pertama adalah sebuah buku perintis dalam bahasa Melayu yang menggalurkan dengan begitu menyeluruh dan meyakinkan tentang sebuah negara-kota purba yang kewujudannya sentiasa menjadi perdebatan di kalangan para penyelidik bidang sejarah, arkeologi, dan budaya. Mohd Zamberi A Malek telah merujuk dan memetik pelbagai sumber daripada catatan silam para pengembara yang merantau ke alam Melayu, hikayat lama, maupun kajian sarjana terkini. Semua fakta dan bukti disulam kembali hingga dapat meletakkan satu perspektif yang betul dalam pemikiran pembaca tentang Langkasuka. Bagi penulis, Langkasuka adalah asas kepada pemahaman yang lebih jelas berkenaan sejarah silam negeri-negeri Melayu Semenanjung hingga membawa kepada pembinaan negara-bangsa Malaysia sekarang. Oleh itu nama Langkasuka tidak boleh diketepikan sama sekali jika kita memperkatakan tentang tamadun awal bumi Semenanjung Tanah Melayu atau sejarah purba negara ini. Pengetahuan yang cukup terbatas dan ketiadaan sebarang bahan bukti khusus mahupun sumber bacaan tentang Langkasuka tidak menjadi halangan tetapi pencetus semangat mencari khazanah yang hilang ini.
Metadata
Sumber Maklumat: | OPAC UiTM |
---|---|
Taksonomi: | Kesultanan dan Pemerintahan > Sejarah |
Bidang: | Kesultanan dan Pemerintahan |
Tarikh Muatnaik: | 18 May 2023 15:06 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Langkasuka, Negara Melayu, Negara-kota purba |
Download
Filename: 5165.jpg
Description: jpg