Idrus, Intan Salina (2018) Warisan telepuk alam Melayu. Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor, Shah Alam. ISBN 9789832563129
Idrus, Intan Salina (2018) Warisan telepuk alam Melayu. Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor, Shah Alam. ISBN 9789832563129
Idrus, Intan Salina (2018) Warisan telepuk alam Melayu. Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor, Shah Alam. ISBN 9789832563129
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Alam Melayu tidak pernah sunyi daripada aktiviti-aktiviti budaya. Tidak hanya tekstil yang dihasilkan, malah yang dihiasi dengan kilauan dan gemerlapan tekapan kepingan emas yang diperkenalkan. Tekstil ini dikenali dengan istilah kain telepuk di Semenanjung Malaysia dan di Kepulaian Riau Inodnesia dan kain prade di Bali. Di Palembang kain ini dikenali dengan istilah pradan, sementara di Pulau Jawa dikenali dengan kain panjang gading beremas dan juga dengan istilah prada. Keindahan kesenian warisan menelepuk pada lembaran kain kain dewangga di Selangor garapan Intan Salina Idrus terungkai indah di dalam buku Kesenian Telepuk Warisan Melayu Selangor. Beliau telah mengambil daya usaha untuk membongkar ilham dan daya kreativiti masyarakat lampau tidak hanya menghasilkan kain-kain dewangga malah mempunyai kreativiti tersendiri dalam menghias kain terutama pada lembaran kain-kain Bugis yang ditenun halus, padat serta digerus. Penulis menelusuri, melakar, mencatat dan mengutip apa-apa sahaja berhubung dengan kesenian telepuk dari satu kepulauan ke satu kepulauan di Alam Melayu. Buku ini memancarkan pengalaman beliau dalam mengembalikan semula gemerlapan kilauan dan kegemilangan pemakaian telepuk yang pernah wujud di wilayah Alam Melayu. Penemuan kain-kain telepuk di wilayah Alam Melayu dan pelbagai cop yang diukir halus telah memberikan semangat kepada penulis untuk meneruskan pembuktian kesenian dan pemakaian kain telepuk yang telah wujud di alam Melayu. Beliau mengumpulkan pemakaian telepuk melalui teks-teks Melayu lama dan pelbagai bahan bacaan. Buku ini juga memancarkan kilauan gemerlapan akan keindahan kain dewangga bertelepuk dan juga kehalusan serta keindahan ukiran cop telepuk yang halus diukir dan ditekap pada lembaran kain tradisi yang telah digerus di Alam Melayu.
Metadata
Sumber Maklumat: | OPAC UiTM |
---|---|
Taksonomi: | Warisan Melayu > Busana Tradisional |
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 28 Feb 2024 10:14 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Telepuk, Corak kain, Kain Bermotif, Menggerus, Kertas emas |
Download
Filename: Warisan Telepuk Alam Melayu.jpg
Description: png