Che Husna, Azhari, ed. (2009) Sains dan teknologi alam Melayu. Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Darul Ehsan. ISBN 9789832457091

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Suatu hasil gerakan tajdid Islam tahun 70-an ialah terbukanya tirai wacana pembinaan semula ilmu, khususnya korpus ilmu yang melangkau dan berpengaruh, iaitu ilmu sains. Cendekiawan Muslim seperti Nasr (1976), Al- Attas (1990) dan Al-Faruqi (1988) di antara yang mempertikaikan keabsahan praksis asas sains Barat, serta mengemukakan dialektif alternatif, iaitu sains Islam. Penilaian falsafah Barat bukan sahaja mempersoalkan kaedah yang digunakan tetapi paling mustahaknya, epistemologi ilmu itu sendiri. Sumber unggul ilmu Islam terwahyu, ialah apa yang Allah s.w.t. perkenan untuk dibukakan kepada manusia serta apa yang mampu ditanggapkan mereka. Hierarki perolehan ilmu ini tidak wujud dalam epistemologi Barat. Cendekiawan Muslim sedar pentafsiran semula apa yang dianggap sah sebagai ilmu sains bukan sahaja untuk memulih kecelaruan epistemologi tetapi suatu pemahaman bagaimana ilmu tersebut telah dijadikan idealogi menindas yang menafikan tanggapan realiti berbeza, khususnya realiti Islam. Penafian tanggapan ini adalah penekanan mutlak, lebih menekan daripada imej sains yang berkecuali lagi objektif tajaan Kuhn (1970) atau diktum Bacon (1968) bahawa ilmu itu kuasa atau pencabulan teknologi atau kawalan polis anjuran-negara.
Metadata
Sumber Maklumat: | OPAC UiTM |
---|---|
Taksonomi: | Ketamadunan Melayu > Sains dan Teknologi |
Bidang: | Ketamadunan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 15 May 2023 23:43 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Ilmu sains; Cendekiawan Muslim; Sains Islam |