al Zahri, Muhammad Fadlullah Suhaimi (2016) Malaya dalam bahaya. Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur. ISBN 9789832140207
al Zahri, Muhammad Fadlullah Suhaimi (2016) Malaya dalam bahaya. Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur. ISBN 9789832140207
al Zahri, Muhammad Fadlullah Suhaimi (2016) Malaya dalam bahaya. Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur. ISBN 9789832140207
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Buku Malaya Dalam Bahaya ini merupakan sebuah lagi terbitan PSM di bawah Siri Hubaya-Hubaya. Penulisnya, Ustaz Sulaiman Ibrahim dan Ustaz Ahmad Ali menulis dan menyusun buku ini di bawah pimpinan Al- Fadhil Haji Muhammad Fadhlullah Suhaimi Al-Azhari. Buku ini asalnya diterbitkan dalam versi Jawi pada tahun 1946. Buku ini memperihalkan tentang politik dan ekonomi Tanah Melayu sebelum Malayan Union dan kedudukan orang Melayu. Antara perkara yang dikupas ialah: Sebab-sebab perubahan di Malaya dengan kedatangan pelbagai bangsa; kedudukan geografi Tanah Melayu yang menyebabkan penjajah British mencari sebab untuk menakluk sepenuhnya Tanah Melayu yang dikatakan oleh penulis Malayan Union sudah ada sebelum perang dunia kedua lagi; bahaya yang dihadapi oleh orang Melayu daripada segala segi jika Malayan Union berhasil ditubuhkan; tindakan melawan Malayan union; bahaya kelemahan ekonomi orang Melayu dan usaha untuk mengukuhkan ekonomi dengan antaranya mengadakan syarikat kampung dan syarikat kebun getah dan kelapa; dan bahaya musuh dalam selimut. Di samping pembaca diberi peringatan tentang bahaya yang dihadapi oleh Tanah Melayu pada masa itu, penulis juga mengemukakan saranan dan tindakan yang boleh diambil untuk menangkis bahaya tersebut.
Metadata
Sumber Maklumat: | OPAC UiTM |
---|---|
Taksonomi: | Kesultanan dan Pemerintahan > Sejarah Ekonomi Melayu > Sejarah Perkembangan |
Bidang: | Kesultanan dan Pemerintahan |
Tarikh Muatnaik: | 15 May 2023 15:11 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Tanah Melayu; Politik dan ekonomi |
Download
Filename: 5149.jpg
Description: jpg