Basri, Fairuzah and Abdul Rahman, Nafisiah and Ahmad, Musa (2008) Transliterasi manuskrip Melayu Dur al-Nafis (mss 2488). Research Report. Institut Perundingan, Pembangunan dan Pengkomersilan (IRDC), UiTM. (Unpublished)

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Penyelidikan ini merupakan kajian teks dan transliterasi naskhah MSS 2488 yang didapatkan dari Pusat Manuskrip Melayu (PMM), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Naskhah ini merupakan koleksi beberapa kitab dan risalah yang telah disalin oleh penyalin naskhah. Terdapat 8 judul karya dalam naskhah ini yang ditulis oleh pengarang asal yang berbeza. Namun, kelapan-lapan judul karya yang dikumpulkan oleh penyalin dalam satu naskhah ini mengandungi aspek perbincangan yang sama, iaitu aspek tasawuf falsafah yang berkait rapat dengan akidah umat Islam, iaitu tauhid. Oleh kerana kitab pertama yang terkandung pada naskhah MSS 2488 ini ialah kitab Dur al-Nafis, maka PMM, PNM telah menamakan naskhah ini sebagai Dur al-Nafis. Pengarang asal kitab Dur al-Nafis ialah Muhamad Nafis al-Banjari yang merupakan seorang ulama Melayu yang terkenal berasal dari Banjarmasin, Kalimatan Selatan, Indonesia. Kitab ini dan risalah lain yang terkandung dalam naskhah MSS 2488 ini membicarakan aspek tasawuf falsafah secara terperinci. Selain dari perbincangan teks naskhah, penyelidikan ini juga melibatkan aspek estetika pada naskhah khususnya penggunaan iluminasi pada setiap akhir satu kitab atau risalah. Iluminasi yang dilakarkan oleh penyalin memberi satu identiti tersendiri pada naskhah ini dari naskhah asal setiap satu judul kitab atau naskhah salinan lain yang mempunyai judul yang sama tetapi penyalin yang berbeza. Justeru itu, naskhah ini merupakan karya penyalin yang mempunyai satu wajah baru.
Metadata
Sumber Maklumat: | UiTM Institutional Repositories |
---|---|
Taksonomi: | Islam dan Keintelektualan Melayu > Karya > Bidang Ilmu > Ilmu Tasawuf dan Tariqat Islam dan Keintelektualan Melayu > Karya > Kategori > Transliterasi |
Bidang: | Islam dan Keintelektualan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 24 Mar 2023 11:34 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Manuskrip Melayu, Dur al-Nafis |