Basri, Fairuzah and Tarimin, Mujaini (2005) Transliterasi naskhah manuskrip melayu syair kelahiran Nabi Muhammad SAW dan syair nasihat (mss 2264). Research Report. Institut Perundingan, Pembangunan dan Pengkomersilan (IRDC), UiTM. (Unpublished)

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Penyelidikan ini dijalankan untak mengkaji naskhah manuskrip Melayu. Naskhah manuskrip Melayu merupakan satu sumber warisan bangsa yang menyimpan berbagai khazanah budaya rumpun bangsa Melayu. Naskhah Manuskrip Melayu ditulis dengan menggunakan tulisan Jawi berbahasa Melayu. la mencerminkan budaya masyarakat Melayu yang beradat, berakhlak, bermoral dan berpengetahuan luas. Kajian ini bermula dengan mengalih aksara naskhah manuskrip. Naskhah yang dipilih berjudul Syair Kelahiran Nabi Muhammad SA W dan Syair Nasihat. Naskhah ini telah diberi nombor panggilan oleh Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia dengan nombor MSS 2264. Naskhah MSS 2264 merupakan satu hasil karya dalam bentuk syair. Tema yang digunakan ialah sejarah kelahiran Nabi Muhammad SAW dan tema nasihat kepada masyarakat Islam. Naskhah ini tidak menyatakan nama pengarang, tetapi menyatakan nama penyalin. Oleh itu, naskhah MSS 2264 adalah naskhah salinan, bukan naskhah asal. Kajian ini menghasilkan naskhah Syair Kelahiran Nabi Muhammad SA W dan Syair Nasihat dalam tulisan rumi. Naskhah dalam tulisan rumi ini akan dapat dibaca oleh masyarakat umum yang tidak dapat membaca naskhah yang ditulis dengan tulisan Jawi. Selanjutnya, masyarakat akan dapat mengambil manfaat dari isi kandungan naskhah.
Metadata
Sumber Maklumat: | UiTM Institutional Repositories |
---|---|
Taksonomi: | Islam dan Keintelektualan Melayu > Karya > Tulisan > Rumi / Latin Warisan Melayu > Kesusasteraan > Puisi > Syair |
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 24 Mar 2023 11:03 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Muhammad SAW, Manuskrip melayu, Syair |