Nikko Mazlan, Chamil Arkhasa and Abdullah, Mohd Hassan and Arshad, Suflan Faidzal and Abdul Latif, Mohd Khair and Mohd Imam, Ramlan and Daud, Isyam Swardy (2020) Satu tinjauan muzikologi lagu Melayu asli. Jurai Sembah, 1 (2). pp. 14-26. ISSN 2716-5523

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kajian mengenai muzik tradisional semakin mendapat tempat dalam kalangan para sarjana, khususnya melibatkan salah satu muzik Malaysia, iaitu lagu Melayu Asli. Hasilnya, terdapat banyak artikel yang mengkaji lagu Melayu Asli, baik dari kaca mata instrumentalis mahupun dari sudut nyanyian vokal. Artikel ini melampirkan tinjauan dalam lagu Melayu Asli, berfokuskan pada ciri-ciri yang terkandung di dalamnya. Metodologi yang digunakan untuk meninjau ciri lagu Melayu Asli ini menggunakan analisis dokumen kualitatif dengan pendekatan analisis kandungan daripada artikel dan diskografi lagu Melayu Asli. Bagi meningkatkan kesahan dapatan yang diperolehi daripada artikel dan diskografi, triangulasi dilakukan dengan kaedah temu bual. Rumusannya, ciri-ciri umum lagu Melayu Asli boleh dilihat dari aspek berikut: struktur asal komposisi lagu Melayu Asli berasaskan struktur AB, kemudian ditambah dengan bahagian intro, interlud dan outro. Rentak asli atau senandung ini dimainkan dalam tempo yang perlahan, sekitar 55 sehingga 75 bit per minit. Akhir sekali, ciri yang harus ada dalam komposisi lagu Melayu Asli ialah melodi pengantar lagu, iaitu satu rangkai melodi pendek yang dimainkan sebelum atau selepas melodi utama atau melodi nyanyian. Ciri pengantar lagu ini juga seperti fungsi counter-melody yang melengkapi melodi utama dalam lagu Melayu Asli.
Metadata
Sumber Maklumat: | Pejabat Karang Mengarang (UPSI Press) |
---|---|
Taksonomi: | Warisan Melayu > Kesenian > Muzik > Jenis Muzik |
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 08 Mar 2023 09:13 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Analisis dokumen; Lagu Melayu asli; Muzikologi; Muzik tradisional Malaysia; Pendidikan muzik |