Mamat, Mohd Anuar (2017) Manuskrip Melayu dalam bidang pendidikan Islam: suatu kajian awal di Perpustakaan Negara Malaysia. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 15 (1). pp. 61-83. ISSN 1985-7667
Mamat, Mohd Anuar (2017) Manuskrip Melayu dalam bidang pendidikan Islam: suatu kajian awal di Perpustakaan Negara Malaysia. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 15 (1). pp. 61-83. ISSN 1985-7667
Mamat, Mohd Anuar (2017) Manuskrip Melayu dalam bidang pendidikan Islam: suatu kajian awal di Perpustakaan Negara Malaysia. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 15 (1). pp. 61-83. ISSN 1985-7667
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Peranan yang dimainkan oleh para ulama Alam Melayu dalam pelbagai aspek keilmuan sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Mereka berusaha membangunkan tamadun Melayu-Islam dan mengembangkan ilmu dalam segenap aspek. Sumbangan yang dihasilkan dalam bidang keilmuan terbukti dengan kewujudan sekitar 22,000 manuskrip dalam pelbagai bidang ilmu. Oleh itu, artikel ini akan memfokuskan perbincangan mengenai sumbangan para ulama Alam Melayu dalam bidang pendidikan Islam dengan mengkaji manuskrip Melayu-Islam dalam bidang tersebut. Bidang pendidikan menjadi fokus utama artikel ini disebabkan kajian-kajian lepas hanya membincangkan sumbangan ulama Alam Melayu secara umum sahaja dan kajian tentang manuskrip juga dibahagikan dalam kategori yang terlalu umum. Manuskrip bidang pendidikan Islam atau yang membicarakan tentang pendidikan hanya dikategorikan di bawah bidang agama dan sehingga kini masih belum ada penulisan berkaitan manuskrip Melayu dalam bidang pendidikan Islam. Pengumpulan data dibuat secara khusus dengan meneliti katalog-katalog deskriptif yang diterbitkan oleh Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia, memilih dan mengemukakan deskripsi umum manuskrip Melayu terpilih dalam bidang pendidikan Islam. Kajian awal ini mendapati wujudnya sekitar 32 naskhah manuskrip yang amat berkait rapat dengan bidang pendidikan Islam dengan 12 naskhah manuskrip yang dijudulkan sebagai ‘Adab’ sebagai karya yang membincangkan tentang ilmu dan pendidikan Islam. Dapatan inisekaligus membuktikan bahawa ulama Alam Melayu juga memberi sumbangan yang besar dan bernilai dalam bidang pendidikan Islam. Hasilnya juga diharapkan memudahkan pengkaji manuskrip Melayu untuk meneroka kajian lanjutan dalam bidang pendidikan Islam khasnyapemikiran dan karya-karya klasik para tokoh ulama Islam di Alam Melayu.
Metadata
Sumber Maklumat: | Faculty of Islamic Contemporary Studies, UniSZA |
---|---|
Taksonomi: | Pendidikan Melayu > Sejarah Pendidikan Melayu |
Bidang: | Pendidikan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 14 Feb 2023 09:22 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Malay Scholars; Malay Manuscripts; Islamic Education; Manuscript Studies; National Library of Malaysia |