Sahar, Edi Kurniawan (2016) Gambaran masyarakat Melayu dalam Syair Suluh Pegawai karya Raja Ali Haji / Edi Kurniawan Sahar. Masters thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kajian ini bertujuan memberikan gambaran tentang kehidupan masyarakat Melayu dalam Syair Suluh Pegawai karya Raja Ali Haji. Kaedah kajian ini menggunakan analisis teks teori semiotik oleh Charles Sanders Peirce dan sosiologi sastera. Hal ini dilakukan untuk menganalisis teks sehingga dapat menentukan makna, idea, perasaan dan bentuk tingkah laku yang digambarkan. Dapatan kajian dalam Syair Suluh Pegawai ialah gambaran kehidupan berumah tangga yang sesuai dengan ajaran Islam. Pertama, syair ini merupakan pengajaran bagi masyarakat tentang kehidupan berumah tangga yang bersumber kepada Al Quran dan Hadis. Kedua, berkaitan dengan penggambaran tingkah laku individu kepada keluarga dan masyarakat sekitar yang meliputi hak dan tanggungjawabnya. Ketiga, berisikan tentang pengajaran dan aturan-aturan dalam kehidupan rumah tangga yang sarat akan ajaran agama Islam adat istiadat Melayu. Kesimpulannya, Syair Suluh Pegawai karya Raja Ali Haji ini merupakan sebuah karya yang banyak mengandung pesan dan nasehat Syair ini boleh dijadikan sebagai panduan dalam menjalankan kehidupan berumah tangga sesuai dengan syariat Islam, serta dapat membentuk manusia berahklak dan berbudi baik.
Metadata
Sumber Maklumat: | UPSI Digital Repository (UDRep) |
---|---|
Taksonomi: | Adat dan Budaya Melayu > Budaya Melayu Adat dan Budaya Melayu > Nilai-nilai Sosial Warisan Melayu > Kesusasteraan > Puisi > Syair |
Bidang: | Adat dan Budaya Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 27 Jun 2025 04:54 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Syair Suluh Pegawai, Raja Ali Haji, Masyarakat Melayu |