Mohd Sulaiman, Zuraidah (2007) Tan Sri Senu Abdul Rahman tokoh politik Melayu / Zuraidah Mohd Sulaiman. Degree thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mohd Sulaiman, Zuraidah (2007) Tan Sri Senu Abdul Rahman tokoh politik Melayu / Zuraidah Mohd Sulaiman. Degree thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mohd Sulaiman, Zuraidah (2007) Tan Sri Senu Abdul Rahman tokoh politik Melayu / Zuraidah Mohd Sulaiman. Degree thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kajian ini membicarakan ketokohan, kepemimpinan dan sumbangan Tan Sri Senu Abdul Rahman sebagai ahli politik tanah air. Penelitian kajian ini bermula dengan menghuraikan latar belakang dan riwayat hidup Senu sebagai penuntut di SITC, bagaimana beliau menggunakan penulisan dan media dalam perjuangan sehinggalah kepada penglibatan Senu dalam bidang politik. Pengkaji cuba mengaitkan jasa dan sumbangan yang dicurahkannya melalui pendidikan bahasa yang diperoleh, terutamanya sewaktu menuntut di SITC. Pendidikan bahasa Melayu yang diterima oleh Senu banyak memainkan peranan penting dan membawa terhadap perkembangan pemikiran beliau pada soal-soal kebangsaan dan akhirnya Senu berjaya mencapai kejayaan dalam kerjaya politik beliau. Kesedaran mengenai pentingnya bahasa British pula dijadikan pembangkit semangat untuk Senu melengkapkan diri menjadi pemimpin yang dapat memimpin bangsanya hingga akhirnya meletakkan nama beliau dalam senarai pejuang bangsa. Ketokohan dan keazaman Senu dalam perjuangan politik yang antara lain memberi manfaat terhadap kedudukan bahasa kebangsaan seharusnya diteladani oleh generasi masa kini kerana beliau merupakan insan yang sanggup melalui pelbagai dugaan dan kesukaran hidup semata-mata untuk berbakti kepada bangsa Melayu menerusi bidang yang dicintainya,iaitu politik.
Metadata
| Sumber Maklumat: | UPSI Digital Repository (UDRep) |
|---|---|
| Taksonomi: | Ketamadunan Melayu > Pemimpin Melayu Ketamadunan Melayu > Pemimpin Melayu > Pemimpin Melayu Sebelum Kemerdekaan |
| Bidang: | Kesultanan dan Pemerintahan |
| Tarikh Muatnaik: | 25 Sep 2025 07:14 |
| Pautan Berkaitan: | |
| Kata Kunci: | Tokoh politik, Tan Seri Senu Abdul Rahman, Poltik Melayu |