Ishak, Abdul Jalil (2004) Islam hadhari: persepsi orang Melayu dalam menghadapi tuntutan dan cabaran milenium / Abdul Jalil Ishak. In: Islam hadhari: persepsi orang Melayu dalam menghadapi tuntutan dan cabaran milenium.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kebangkitan pemikiran terhadap Islam hadhari menuntut agar orang Melayu mengadakan muhasabah din terhadap pelbagai cabaran dan harapan menjelang milenium akan datang. Orang Melayu harus melakukan anjakan paradigma bagi menyaingi bangsa lain jika inginkan kehidupan sejahtera, aman dan bahagia di tanah air sendiri. Kertas kerja ini cuba meninjau kesediaan dan keterpanggilan orang Melayu dalam ledakan kebangkitan negara bangsa yang mendasari prinsip Islam hadhari yang digalurkan Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Kajian mengenai peradaban Melayu pada masa lalu yang dijalankan sendiri oleh penulis, serta pelbagai konotasi yang dilemparkan golongan colonial terhadap bangsa yang pernah digambbarkan Windstead sebagai orang yang berbudi bahasa turut dijadikan kayu ukur dalam menjana pemikiran terhadap kemampuan orang Melayu dalam menghadapi cabaran dan tuntutan masa hadapan, khususnya dalam. permasalahan mencakupi institusi keluarga, pendidikan, kejiranan dan kemasyarakatan, ekonomi dan tahap kekuatan iman sejati. Cadangan dan pemikiran mengenai kebarangkalian orang Melayu khasnya dan rakyat Malaysia yang lain amnya boleh menawan hati masyarakat antarabangsa lain dalam agenda pembangunan fizikal dan spiritual sejagat menerusi perkongsian bijak turut diperkatakan.
Metadata
| Sumber Maklumat: | UPSI Digital Repository (UDRep) |
|---|---|
| Taksonomi: | Islam dan Keintelektualan Melayu > Pemikiran > Moden Islam dan Keintelektualan Melayu > Pemikiran |
| Bidang: | Islam dan Keintelektualan Melayu |
| Tarikh Muatnaik: | 25 Sep 2025 07:25 |
| Pautan Berkaitan: | |
| Kata Kunci: | Islam Hadhari, Persepsi, Melayu |