Mohd. Zam, Mustaman (1982) Pelaburan hartanah direzab Melayu : Kajian Kampong Baru, Kuala Lumpur / Mohd. Zam bin Mustaman. Project Report. Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd. Zam, Mustaman (1982) Pelaburan hartanah direzab Melayu : Kajian Kampong Baru, Kuala Lumpur / Mohd. Zam bin Mustaman. Project Report. Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd. Zam, Mustaman (1982) Pelaburan hartanah direzab Melayu : Kajian Kampong Baru, Kuala Lumpur / Mohd. Zam bin Mustaman. Project Report. Universiti Teknologi Malaysia.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Umum mengetahui bahawa nilai tanah Rezab Melayu adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan tanah-tanah lainnya. ianya terjadi akibat perletakan konsep perizaban keatasnya. Ini menjadikan permintaan kepada tanah Rezab Melayu menjadi terhad kepada kaum Melayu sahaja dan oleh itu pasaran hartanah di kawasan Rezab Melayu juga jadi terhad. Ini mengesani nilai tanah Rezab Melayu dan seterusnya keatas pasaran dan pelaburan hartanah ditanah Rezab Melayu. Ianya berkait rapat dengan teori asas ekonomi dimana jika kurangnya permintaan kepada sesuatu barangan itu maka harga turut juga rendah. Konsep-konsep ini pada asasnya telah menjadikan nilai Rezab Melayu lebih rendah dan oleh itu tidak menarik minat individu yang memiliki tanah-tanah Rezab Melayu untuk menjadikannya harta pelaburan (income producing property). Adakah benar hakikatnya, bahawa oleh keranan nilai Rezab Melayu adalah rendah maka pelaburan hartanah turut tidak menguntungkan? Inilah pokok persoalan yang menjadi asas kepada perbincangan didalam dissertasi ini, samada ia benar-benar satu realitiyang ujud dari segi praktiknya. Dalam konteks ini, penulis percaya bahawan kenyataan tersebut adalah hanya kenyataan yang belum diuji kebenarannya, terutama pada tanah-tanah Rezab Melayu didalam dan dipinggir bandar yang mempunyai potensi-potensi pelaburan. Kemungkinan keadaan tersebut ujud kerana halangan-halangan yang sepatutnya dapat dihindari. Oleh yang demikian, penulis telah memilih Kampong Baru Kuala Lumpur sebagai kes studi memandangkan ianya satu-satunya kawasan tanah Rezab Melayu dalam bandar yang mempunyai potensi pelaburan yang tinggi memandangkan perletakannya yang begitu strategik dikelilingi oleh kawasan-kawasan yang sudah 'established' seperti Ampang, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan lainnya. Didalam menyiapkan dissertasi ini, penulis membahagika-bahagikannya kepada beberapa aspek iaitu tentang latarbelakang perundangan Rezab Melayu, teori-teori pelaburan hartanah, tanah-tanah Rezab Melayu di Semenanjung Malaysia, Selangor dan Wilayah Persekutuan, tanah Rezab Melayu [AKampong Baru (sebagai kes studi) dan juga analisa-analisa pelaburan hartanah didalam kawasan kajian. Didalam bab akhir iaitu Bab &, penulis akan menimbulkan beberapa cadangan-cadangan alternatif dan pembentukan-pembentukan polisi untuk diikuti oleh pihak-pihak yang terlibat didalam pelaburan hartanah Rezab Melayu samada pihak kerajaan, tuan tanah ataupun badan-badan swasta. Dengan ini, kesimpulan dapat dibuat bahawa tanah-tanah Rezab Melayu dikawasan bandar adalah mempunyai potensi pelaburan hartanah yang tinggi - satu kenyataan yang sering dilupakan apabila membincangkan tanah Rezab Melayu semata-mata kerana konsep Rezab Melayu yang dianggap telah menurunkan nilai hartanah dikawasan tersebut dan oleh itu turut mengesani akan pelaburan hartanah dikawasan-kawasan tersebut.
Metadata
Sumber Maklumat: | OPAC Universiti Teknologi Malaysia |
---|---|
Taksonomi: | Ekonomi Melayu > Kegiatan Ekonomi Ekonomi Melayu > Pembangunan Ekonomi Melayu Ekonomi Melayu > Sosio Ekonomi |
Bidang: | Ekonomi Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 29 Sep 2022 06:58 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Real estate investment, Land use |