Mohd. Fikri, Hj. Abdullah (1983) Penilaian tanah-tanah simpanan Melayu di Kedah khususnya pembangunan tanah simpanan Melayu di Kota Setar / Mohd. Fikri Hj. Abdullah. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Orang-orang Melayu majoritinya adalah dari golongan petani atau pekebun kecil yang bergantung hidup kepada tanah dan tanah merupakan satu-satunya punca kekayaan dan kemegahan yang dimiliki oleh orang-orang Melayu. Tetapi, akibat daripada proses perubahan sosial dan ekonomi, maka banyak tanah orang-orang Melayu telah berpindah milik kepada orang-orang bukan Melayu. Enakmen tanah Simpanan Melayu yang dikuatkuasakan kemudiannya bagi membetulkan keadaan ini sebaliknya telah menimbulkan kesan yang tidak begitu memuaskan, terutamanya dari segi pembangunan tanah simpanan tersebut. Disamping kejatuhan nilai tanahnya, didapati tanah-tanah ini tidak dimajukan sebagaimana sepatutnya. Keadaan ini berpunca dari faktor-faktor sosio-ekonomi orang-orang Melayu sendiri. Untuk memperbaiki keadaan ini, perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang intensif perlu dibuat disamping mengubahsuai Undang-undang Pusaka, Undang-undang Tanah Negeri, Kanun Tanah Negara dan Enakmen Simpanan melayu sendiri supaya sesuai dengan kehendak semasa. Polisi baru yang dibuat bagi memperbaiki Enakmen Simpanan Melayu tersebut perlu dikaji semula dengan mengambilkira kesan-kesan yang timbul akibat perlaksanaan polisi tersebut. Dengan ini diharap pengubahsuaian undang-undang tersebut dapat memperbaiki keadaan yang ada sekarang bagi membangunkan tanah simpanan Melayu, di samping mengekalkan pemilikannya.
Metadata
Sumber Maklumat: | OPAC Universiti Teknologi Malaysia |
---|---|
Taksonomi: | Ekonomi Melayu > Dasar Ekonomi Ekonomi Melayu > Pembangunan Ekonomi Melayu Ekonomi Melayu > Sosio Ekonomi |
Bidang: | Ekonomi Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 29 Sep 2022 07:02 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Land tenure, Law, Legislation, Allotment of land |