Fikri Nordin, Munif Zarirruddin (2022) Language and religion according to British analytical philosophy: Malay linguistic response = Bahasa dan agama menurut falsafah analitik British: respons linguistik Melayu / Munif Zarirruddin Fikri Nordin. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 15 (1). pp. 50-68. ISSN 2682-8049

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Dalam falsafah agama, bahasa berfungsi sebagai medium pengungkapan makna keagamaan, seperti bersifat deskriptif dan kebolehtentuan benar-salah dalam mistisisme. Dalam falsafah bahasa pula, agama merupakan salah satu latar atau konteks dalam penghasilan makna dan interpretasi yang bersifat keagamaan. Hal ini memperlihatkan simbiotisme bahasa dan agama dalam falsafah agama dan falsafah bahasa. Artikel ini membincangkan kedudukan bahasa dan agama dalam kedua-dua falsafah berkenaan dari sudut pandang dua ahli falsafah abad ke-20 aliran falsafah analitik British, iaitu Hick dan Ayer, dengan objektif (1) mengenal pasti titik pertemuan bahasa dan agama dalam falsafah, (2) memperincikan garis sempadan bahasa dan agama mengikut pembahagian falsafah bahasa dan falsafah agama, dan (3) mengupas respons linguistik Melayu terhadap produk pemikiran falsafah analitik British. Fokus analisis ialah metafizik. Penghujahan metafizik dianalisis berdasarkan fungsi bahasa dalam falsafah agama yang Hick (1990) ketengahkan dalam Philosophy of Religion, dan juga latar agama dalam falsafah bahasa yang Ayer (1936) kemukakan menerusi Language, Truth and Logic.
Metadata
Sumber Maklumat: | Jurnal DBP |
---|---|
Taksonomi: | Asal Usul Melayu : Sumber Genetik > Bahasa Melayu Pendidikan Melayu > Bahasa |
Bidang: | Adat dan Budaya Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 27 Jun 2025 04:52 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Analisis wacana agama, Bahasa dan agama, Fungsi bahasa, Falsafah Linguistik, Falsafah agama, Respons Linguistik Melayu |