Wan Rusik, Wan Yusoff (2005) Kesultanan Sulu dalam lembaran sejarah Alam Melayu / Wan Rusik Wan Yusoff. In: Kesultanan Sulu dalam lembaran sejarah Alam Melayu, 08-05-2008, Hotel Istana, Kuantan Pahang Darul Makmur.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kepulauan Sulu terletak di antara Pulau Mindanao dan Pulau Borneo. Kepulauan ini mengandungi beberapa gugusan pulau seperti Gugusan Basilan, Gugusan Samales, Gugusan Jolo, Gugusan Tapul, Gugusan Tawi-Tawi, Gugusan Pagutaran dan Gugusan Sibutu. Di kepulauan ini pernah wujud satu kesultanan yang memainkan peranan penting dalam bidang politik dan ekonomi Alam Melayu. Di zaman keemasannya Kesultanan Sulu menguasai seluruh Kepulauan Sulu, sebahagian dan Semenanjung Zamboanga di Pulau Mindanao, Selatan Pulau Palawan dan pantai utara dan timur Pulau Borneo. Pada umumnya Kepulauan Sulu mempunyai bentuk muka bumi yang bergunung ganang dan masih mempunyai beberapa gunung berapi yang masih hidup. Ini menjadikan kegiatan pertanian amat terhad di kawasan lembah-lembah yang sempit. Oleh itu tidak hairanlah masyarakat Sulu berpaling ke laut sebagai asas pekerjaan mereka. Sepanjang sejarahnya Kesultanan Sulu merupakan kuasa maritim dan perdagangan yang penting. Kedudukan Sulu di Laut Sulawesi dan Laut Sulu serta Laut China Selatan menjadikan Kesultanan Sulu tempat Ialuan kapal pemerintahan Sulu ialah di bandar Jolo yang terletak di bahagian utara pulau tersebut. Walaupun kadangkala tinggal di Maibung yang terletak di sebelah Selatan Pulau Jolo.
Metadata
Sumber Maklumat: | OPAC Universiti Kebangsaan Malaysia |
---|---|
Taksonomi: | Kesultanan dan Pemerintahan > Sejarah |
Bidang: | Kesultanan dan Pemerintahan |
Tarikh Muatnaik: | 13 Jul 2022 00:18 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Kesultanan Sulu, Sulu, Alam Melayu |