Sulaiman@Abd Rahim, Ruhaizan (2018) Perusahaan hasil perikanan masyarakat Melayu pesisir di Terengganu / Ruhaizan Sulaiman@Abd Rahim. Doctoral thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Sulaiman@Abd Rahim, Ruhaizan (2018) Perusahaan hasil perikanan masyarakat Melayu pesisir di Terengganu / Ruhaizan Sulaiman@Abd Rahim. Doctoral thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Sulaiman@Abd Rahim, Ruhaizan (2018) Perusahaan hasil perikanan masyarakat Melayu pesisir di Terengganu / Ruhaizan Sulaiman@Abd Rahim. Doctoral thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perkembangan sejarah ekonomi negeri Terengganu dengan memberi tumpuan ke atas perusahaan hasil perikanan masyarakat Melayu pesisir di Terengganu dari tahun 1910 hingga 1941. Dalam tempoh ini, negeri Terengganu menunjukkan peningkatan ekonomi yang memberangsangkan kesan daripada perusahaan hasil perikanan yang dijalankan oleh masyarakat Melayu pesisir yang merangkumi perusahaan ikan kering, ikan bilis, budu, belacan dan ikan jeruk. Kajian ini meneliti aspek-aspek yang mempengaruhi perusahaan hasil perikanan masyarakat Melayu pesisir Terengganu. Isu dan cabaran yang dihadapi dalam perusahaan hasil perikanan turut diketengahkan. Di samping itu, pelbagai langkah dilakukan oleh pihak kerajaan bagi meningkatkan mutu keluaran hasil perikanan. Kaedah penyelidikan kualitatif digunakan berdasarkan sumber primer dan sekunder. Sumber primer dalam kajian ini seperti laporan tahunan, telegram, memorandum, surat-menyurat dan laporan rasmi yang diperoleh dari Pejabat Kolonial British, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Pejabat Menteri Besar, Pejabat Tanah dan Galian, Pejabat Undang-Undang, Pejabat Tanah Kemaman, Pejabat Daerah Kuala Terengganu dan Pejabat Istana Badariah Terengganu yang dianalisis dengan menggunakan pendekatan sejarah. Sumber sekunder turut digunakan bagi mengukuhkan lagi penghuraian fakta dan dapatan kajian seperti tesis, artikel, jurnal, buku dan akhbar. Dapatan kajian menunjukkan perusahaan hasil perikanan merupakan perusahaan utama dalam kalangan masyarakat Melayu pesisir Terengganu yang menjadi sumber kekuatan ekonomi yang penting ke atas masyarakat dan negeri Terengganu pada tahun 1910-1941. Hasil perikanan juga merupakan komoditi eksport utama Terengganu berbanding komoditi eksport yang lain berdasarkan kuantiti dan nilai eksport setiap tahun. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan pengeluaran dan pengeksportan hasil perikanan yang banyak untuk memenuhi permintaan pasaran yang tinggi dari masyarakat tempatan dan luar membuktikan bahawa Terengganu adalah sebuah negeri yang kaya dengan sumber bekalan ikan. Implikasi kajian menunjukkan perusahaan hasil perikanan yang dijalankan oleh masyarakat Melayu pesisir telah membantu perkembangan ekonomi Terengganu.
Metadata
Sumber Maklumat: | UPSI Digital Repository (UDRep) |
---|---|
Taksonomi: | Ekonomi Melayu > Kegiatan Ekonomi Ekonomi Melayu > Pembangunan Ekonomi Melayu |
Bidang: | Ekonomi Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 27 Jun 2025 04:52 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Ekonomi Melayu, Perikanan, Terengganu, Malaysia |