Rezani, Muhammad Naim Fakhirin (2016) Kolonialisasi British dan Implikasi terhadap hubungan Selangor-Bugis,1874-1941 / Muhammad Naim Fakhirin Rezani. In: Seminar Institusi Raja dalam Manuskrip Melayu (SIRaj 4), 29 September 2016, Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kajian ini bertujuan untuk memperincikan dan membincangkan tentang hubungan Kesultanan Selangor dengan Bugis. Kedua-dua kuasa besar kerajaan Melayu ini telah mempunyai sejarah yang panjang, baik dari segi golongan istana dan pembesar, mahupun golongan masyarakat tempatan. Pentadbiran Kesultanan Selangor masih lagi mengekalkan beberapa ciri-ciri utama dan nilai-nilai budaya Bugis yang telah diterapkan dalam aspek kemasyarakatan. Walau bagaimanapun, kedatangan British di Selangor telah memberi kesan kepada Kesultanan Selangor. Struktur geo-politik di Selangor telah berubah secara keseluruhan kerana pentadbiran British telah mengekang kerjasama politik antara Kesultanan Selangor dan juga Bugis secara langsung. Isu pokok yang dibincangkan oleh artikel ini ialah untuk melihat bagaimana penjajahan British telah memberi kesan kepada hubungan SelangorBugis sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Artikel ini ditulis dengan melakukan melalui penelitian sumber primer daripada Arkib Kuala Lumpur, Persatuan Sejarah Cawangan Selangor, Muzium Negeri Selangor dan juga kajian perpustakaan di Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia. Dapatan daripada kajian ini menjelaskan faktor-faktor yang membawa kepada perubahan hubungan Selangor-Bugis dan kesan-kesan yang berlaku kepada hubungan kedua-dua kerajaan Melayu di Alam Melayu. Perbincangan artikel ini adalah untuk menguatkan hujah bahawa penjajahan yang telah dilakukan oleh British telah memberi kesan secara langsung kepada hubungan antara Kesultanan Selangor dan Bugis.
Metadata
Sumber Maklumat: | Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Institusi Raja (Siraj IV) Hubungan Luar Kesultanan Melayu pada 29 September 2016 di Perpustakaan Negara, Kuala Lumpur, anjuran Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia. |
---|---|
Taksonomi: | Kesultanan dan Pemerintahan > Institusi Kesultanan > Sejarah |
Bidang: | Kesultanan dan Pemerintahan |
Tarikh Muatnaik: | 17 Oct 2016 07:41 |
Kata Kunci: | Selangor, Bugis, British, Kesultanan, Politik, Kolonialisasi, Penjajahan, Hubungan, Melayu. |
Download
Filename: K_NAIM FAKHIRIN UM 16.pdf