Che Dahalan, Shakila (2015) Kemahiran Pemikiran Sejarah Melalui Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (Tmk) Oleh Guru Pelatih. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia..

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti bentuk teknologi yang digunakan oleh guru pelatih dalam mengajar mata pelajaran Sejarah. Kajian ini turut menerokai kategori Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) yang dilaksanakan oleh guru pelatih dengan menggunakan TMK. Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) yang terlibat adalah kemahiran mengikut kronologi, menerokai bukti, membuat imaginasi, membuat interpretasi dan membuat rasionalisasi. Kajian ini juga meneliti pandangan guru pelatih tentang kesan melaksanakan KPS dengan menggunakan TMK yang merangkumi cabaran dan cadangan guru pelatih terhadap pelaksanaan KPS melalui penggunaan TMK. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes kualitatif dengan menggunakan tiga pendekatan iaitu pemerhatian, temu bual mendalam dan analisis dokumen untuk mengumpulkan data. Peserta kajian terdiri daripada empat orang guru pelatih tahun empat Kursus Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan di Universiti Sains Malaysia yang sedang menjalani latihan mengajar di sekolah-sekolah sekitar Pulau Pinang.
Metadata
Sumber Maklumat: | Repositori USM |
---|---|
Taksonomi: | Pendidikan Melayu > Cabaran |
Bidang: | Pendidikan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 07 Apr 2022 01:23 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Pendidikan Melayu, Pendidikan, Melayu |