Ming, Ding Choo (2014) Memory and Local Stories: Sources of History and Knowledge. International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman), 2 (1). pp. 15-22. ISSN 2289-4268 (In Press)

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Banyak sudah diperkatakan tentang memori kerana banyak yang sudah hilang. Sehubungan itu, banyak negara sudah berbelanja besar dalam membina tugu, muzium, arkib dan lain-lain untuk cuba mendapatkannya kembali, walaupun usaha itu tidak mungkin dapat menggantikan memori yang sudah hilang. Namun, yang dilakukan itu adalah cara lain untuk menyegarkan dan menyuburkan memori lama kita. Dalam konteks ini, sejarah lisan tentang perkara yang jarang-jarang dimasukkan ke dalam buku sejarah amatlah penting, lebih-lebih lagi pemeliharaan sejarah lisan dan bahan-bahan sejarah lisannya, tidak kira apa juga formatnya. Cara pendokumentasian sejarah ini dapat mengisi ruang kosong dalam pendokumentasian sejarah. Di sini, cara mengumpul sejarah lisan secara memori ini sudah semakin lama semakin popular di seluruh dunia setelah banyak sejarah, akal budi dan ilmu tempatan sudah hilang dengan matinya orang tua yang tahu dan yang mewarisi memori itu. Sekarang senario itu sudah menjadi lebih baik dengan adanya alat percetakan yang disusuli media digital yang telah membolehkan kita memelihara memori itu untuk rujukan selanjutnya di masa depan. Ini disebabkan setelah wahana lisan ditranskripsikan, kita bukan sahaja boleh memeliharanya, tetapi juga menambah nilai ke atasnya. Makalah ini cuba mencari beberapa cara lain untuk mendokumenkan sesetengah memori masa lampau kita untuk dikongsikan, sekali gus dapat menunjukkan betapa banyak dan kayanya cerita dan sejarah lokal kita, maka mesti dipelihara untuk rujukan dan penyelidikan selanjutnya pada masa depan
Metadata
Taksonomi: | Warisan Melayu > Sejarah |
---|---|
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 19 Oct 2016 04:57 |
Kata Kunci: | memori, sejarah tempatan, pemuliharaan warisan |