Jaludin, Haji Chuchu (1968) Dialek Melayu Brunei dalam salasilah Bahasa Melayu purba. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. ISBN 9679426076
Jaludin, Haji Chuchu (1968) Dialek Melayu Brunei dalam salasilah Bahasa Melayu purba. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. ISBN 9679426076
Jaludin, Haji Chuchu (1968) Dialek Melayu Brunei dalam salasilah Bahasa Melayu purba. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. ISBN 9679426076
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Buku ini mengkaji hubungan dialek Melayu yang dituturkan di Pulau Borneo dan mengklasifikasikannya dalam rumpun bahasa Melayu Purba (BMP). Dialek Melayu Brunei (DMB) yang dikaji ialah dialek Sambas di Kalimantan Barat (DMS), dialek Berau di Kalimantan Timur (DBR) dan varian dialek Melayu di Teluk Brunei (DMTB). Kajian dilakukan berdasarkan pendekatan linguistik sejarah untuk menilai kedudukan DMB dalam salasilah BMP. Data disaring dan dibandingkan berdasarkan pendekatan linguistik struktural, iaitu membanding daripada sudut fonologi. Data yang disaring adalah inventori vokal dan konsonan, perbandingan vokal, diftong dan konsonan BMP dengan varian DMTB, DMS dan DBR. Selain itu turut dibincangkan ialah hubungan khusus yang dimiliki bersama dialek Melayu Brunei berdasarkan inovasi leksikal dan juga persamaan leksikal. Hasil kajian menunjukkan bahawa BMP telah menurunkan bahasa Melayu Borneo yang kemudiannya berpecah pula menjadi dua rangkaian, iaitu bahasa Borneo Barat dan bahasa Borneo Pesisir. Daripada bahasa Borneo Pesisir terpancar DMS dan bahasa Borneo Timur. Bahasa Borneo Tenggara dan bahasa Borneo Utara adalah pecahan daripada bahasa Borneo Timur. Di bawah bahasa Borneo Utara dipancarkan varian DMTB dan bahasa Borneo Tenggara memancarkan DBR. Dari Brunei dialek Melayu tersebut diandaikan telah berpindah ke Bacan dan Berau.
Metadata
Sumber Maklumat: | Perpustakaan Hamzah Sendut, USM, Pulau Pinang |
---|---|
Taksonomi: | Warisan Melayu > Bahasa > Dialek Warisan Melayu > Bahasa |
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 29 Sep 2022 07:20 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Dialek Melayu Brunei dalam salasilah Bahasa Melayu purba |
Download
Filename: dialek melayu brunei.jpg